Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Friday 28 September 2018

PAKEJ RAWATAN SELEPAS BERSALIN


Susah berpantang selepas bersalin tanpa mak di sisi? Jangan risau sebenarnya takde lah sesukar mana. Lagi-lagi zaman moden sekarang ni semuanya mudah termasuklah penjagaan ibu-ibu dalam pantang ni.

Mengikut apa yang Kak Lia perhatikan, zaman sekarang ni wanita makin lupa betapa pentingnya tempoh berpantang dan bersalin. Mana tidaknya, terlalu sibuk dengan aktiviti harian dan kadangkala merasa leceh serta rimas dengan tempoh berpantang membuatkan mereka terlepas pandang betapa pentingnya proses berpantang.

Anda tahu tak, sebenarnya kalau tidak berpantang ni kemungkinan untuk anda mendapat penyakit seperti bisa urat, bisa sendi, sakit pinggang, sengal-sengal badan dan lain-lain penyakit apabila usia meningkat adalah tinggi. Belum lagi umur mencapai 50 tahun dah sakit lutut nak naik tangga, sakit sana-sini bila usia semakin meningkat sedangkan kita ada pilihan untuk merawat dan mencegahnya semasa umur masih muda sekarang ni.

Jadi, Kak Lia sebagai Confinement Lady yang bernaung di bawah SPA BERGERAK TWB menawarkan Pakej Rawatan Selepas Bersalin untuk anda yang memerlukan perkhidmatan dalam proses berpantang. Dari penjagaan baby sampai ibu semuanya akan terjaga.

Amboi... mudahkan zaman sekarang ni, semuanya dah tersedia kan? Sebagai suami, anda juga perlu sangat mengambil berat terhadap isteri anda selepas kelahiran. Sebaiknya anda perlu menyediakan sebaik mungkin rawatan untuk isteri supaya kesihatan isteri kembali pulih dan sihat bertenaga serta ceria sepanjang tempoh berpantang. Jangan mengharapkan kepada ibu atau ibu mertua untuk melayan dan menjaga isteri anda kerana mereka sudah tua dan tak larat untuk menjaga isteri dan anak anda.


Bagi membuat rawatan kepada ibu-ibu di dalam pantang, kami menggunakan produk Shaklee di mana kami menggabungkan produk moden dan tradisional. Produk yang digunakan ini teramat bagus untuk rawatan luaran dan dalaman. Ia juga dapat menyembuhkan luka secara sihat, cepat dan amat berkesan serta selamat untuk ibu dan anak.

Terdapat banyak pakej-pakej yang boleh dipilih untuk rawatan selepas bersalin seperti berikut:

- Pakej Awal Pantang
- Pakej 10 Hari Pantang
- Pakej Seri Pantang
- Pakej Penutup Pantang

Untuk tahu dengan lebih terperinci tentang senarai Pakej Berpantang di atas, Kak Lia akan update di dalam post yang akan datang.

Selain dari memberi perkhidmatan Rawatan Selepas Bersalin, kami juga akan memberi nasihat dan tunjuk ajar bagaimana cara penjagaan bayi serta cara pengambilan produk Set Bersalin Shaklee dan Set Berpantang Shaklee.

Berikut adalah Set Penjagaan Berpantang Dan Bersalin untuk para ibu yang berada di dalam proses pemulihan selepas bersalin:

 SET BERSALIN



SET BERPANTANG 

Pendek kata kami akan memberikan perkhidmatan yang lengkap dan terbaik dari A sampai Z untuk para ibu-ibu yang ingin mendapatkan Pakej Rawatan Selepas Bersalin.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan tentang pakej rawatan ini, anda boleh menghubungi Kak Lia terus di talian seperti berikut:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Your Trusted Seller (ID: 1239953)


Pemilik dan Pengusaha &
Confinement Lady di
Mamacare Beauty Spa

No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial
Email: liabr_78@yahoo.com.my



Thursday 13 September 2018

KURUS 30 HARI DENGAN SET KURUS SHAKLEE

Assalamualaikum sayang-sayang semua...

Kak Lia nak tanya, ada tak di antara anda yang berazam nak kurus? Azam tahun 2019 nak langsing, ramping dan cantik. Hehehe..Ok, berapa kg yang anda target untuk turunkan berat badan sebulan? 2kg, 4kg, 10kg atau 20kg? Bila berat dah turun, barulah boleh melaram cantik-cantik kan? Baju semua pakai nak bergaya, boleh pakai baju kebaya, dress, kemeja...waaahhh...bestnya. Agak-agak tahun depan dah boleh kurus ke belum ni?

Jom sama-sama kita buat target contohnya "TURUN 30 KG SEBELUM TAHUN DEPAN". Tinggal 3 bulan lebih je sebelum masuk tahun baru 2019. Sempat ke? Boleh ke? Haaa...Dengar macam mustahil kan? Tapi sebenarnya, tak ada apa yang mustahil bila kita tanam azam dan fokus kepada impian kita tu sebab dah ramai sangat yang berjaya turunkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee. Malah, ada yang lebih berjaya daripada apa yang ditargetkan.

Jom...Kurus Secara Sihat Dan Semulajadi Tanpa Berlapar!!



Bagaimana cara nak kurus dengan cepat tapi tak perlu berlapar? Ada yang sesetengah daripada kita yang diet sehingga kan langsung tak nak makan. Itu salah ye sayang-sayang semua.

Bila kita skip waktu makan atau berterusan berlapar, metabolisme kita menjadi rendah dan badan kita tak membakar pun kalori yang sepatutnya dibakar. Lagipun, bila kita skip sarapan dan makan tengahari sudah tentu petang tu kita akan rasa lapar yang amat dan bila makan waktu malam kita akan makan dalam kuantiti yang banyak sebab dah terlalu lapar di siang hari. 

Dengan ini, Set Kurus Shaklee amat membantu mempercepatkan dalam merealisasikan impian anda untuk kurus dalam jangkamasa yang singkat tanpa perlu berlapar. Haaa...hebat kan??

Tetapi ianya haruslah seiring dengan tabiat pemakanan yang seimbang dan sedikit senaman. 

Set Kurus Shaklee menjalankan tugasnya dengan 3 cara yang efektif. Bukan sahaja kurus tetapi anda juga akan mendapat kesihatan yang sangat baik sebelum dan selepas kurus.


1. BAKAR/PECAH


Proses membakar dan memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin dan Omega Guard. 



LECITHIN


Lecithin dinamakan 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak di mana ia akan menyebabkan lemak terapung di dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. 

Emulsi lemak bukan maksud membakar lemak tapi bermaksud lemak dipecahkan molekulnya kepada yang lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan.
OMEGA GUARD

Omega Guard pula berfungsi membakar lemak di mana minyak ikan membantu pembakaran lemak termendap. 

Asid Lemak Omega-3 membantu membakar lemak dengan bertindak balas terhadap hormon yang dipanggil Leptin (Leptin adalah perkataan Yunani bagi nipis). Leptin memberitahu badan (otak anda) untuk mengurangkan selera makan supaya anda boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan.

Leptin meningkatkan metabolisme dengan meningkatkan pengeluaran tiroid anda (tiroid mengawal metabolisme). Leptin juga menggalakkan badan kita untuk membakar lemak bagi menghasilkan tenaga. 

Omega Guard juga membantu untuk menurunkan kalestrol jahat.


2. BUANG/DETOX


HERBLAX

Sebelum ni, mungkin anda sering mengambil pelbagai ubatan, pil atau jamu untuk membantu diet anda, tapi langsung tak memberi apa-apa kesan seolah-olah liat untuk berfungsi. Berat badan masih tak turun dan tidak menunjukkan perubahan. Puncanya, mungkin masalah detox. Bila badan kita terlalu banyak toksin, proses penyerapan nutrien yang diambil daripada supplement ataupun makanan harian adalah agak sukar.

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus akan dibuang melalui proses pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap yang optimum. Proses pembakaran lemak dan pelangsingan badan pun akan mudah berlaku.

Herblax berfungsi untuk detox usus, pelawasan, mencuci usus besar, merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh dan juga mengempiskan perut.


ALFAFA

Alfafa berfungsi untuk detox seluruh badan dan membantu lecithin atau Omega Guard dalam menyingkirkan lemak yang dipecahkan tadi. Ia juga mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkan kulit serta otot.


3. BINA



ESP

Protein sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. 

ESP merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Dengan ESP juga anda akan rasa kenyang yang berpanjangan tanpa rasa lapar.










Ramai testimoni-testimoni yang dah berjaya kurus dan kurangkan berat badan dengan pengambilan Set Kurus Shaklee dalam masa yang singkat (HANYA DALAM 30 HARI!!) dengan selamat dan sihat. 

Kak Lia akan berikan konsultasi secara percuma bagaimana untuk diet dan cara pemakanan Set Kurus Shaklee dengan betul. Apa-apa pun, nak kongsikan good news... Kak Lia dah berjaya turun 3kg dalam masa seminggu sahaja selepas makan SET KURUS SHAKLEE!! Jom sama-sama kita cantikkan badan dan amalkan ke arah gaya hidup sihat.
Sekiranya anda ingin dapatkan SET KURUS SHAKLEE sila hubungi Kak Lia seperti berikut:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Your Trusted Seller (ID: 1239953)


Pemilik dan Pengusaha,
Mamacare Beauty Spa

No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial
Email: liabr_78@yahoo.com.my









Wednesday 5 September 2018

KURSUS SPA BERGERAK TERMURAH VIRAL DI MALAYSIA 
(THE WALKING BEAUTY)


Hai... Assalamualaikum sahabat-sahabat Kak Lia di luar sana. Walaupun cuaca sekarang tak menentu diharap semuanya sihat-sihat lah ye.

Untuk pengetahuan korang semua, pada masa kini Spa Bergerak sememangnya mendapat permintaan yang sangat tinggi dan mempunyai peminat tersendiri. Tak hairanlah bisnes spa bergerak sekarang ni pun tumbuh bagai cendawan.

Oleh yang demikian, kami di bawah naungan The Walking Beauty menawarkan KURSUS SPA BERGERAK TERMURAH yang sedang VIRAL DI MALAYSIA sekarang ni khas untuk membantu wanita-wanita di luar sana supaya dapat menjana pendapatan dengan mudah. 

The Walking Beauty ialah Spa Bergerak yang mana kami menggunakan 100% produk shaklee. 

Kenapa Shaklee? 

TWB ni ialah projek spa bergerak di mana produk-produk yang digunakan ialah produk SHAKLEE semata-mata. 

Mesti korang tertanya-tanya kan Kenapa SHAKLEE? 

Kerana ianya terbukti berkesan dan dijamin selamat serta bebas daripada 2500 jenis bahan kimia yang berbahaya. 


Untuk pengetahuan korang, selama lebih 60 tahun keluarga berbilang generasi telah menaruh kepercayaan bahawa Shaklee mampu melakukan apa yang syarikat lain tidak mampu untuk lakukan iaitu menghasilkan produk yang selamat secara semula jadi dan terbukti berkesan.
Misi Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan semestinya lebih baik, untuk semua. Shaklee melakukannya melalui penghasilan produk semula jadi yang sangat luar biasa. Setiap bahan yang memasuki setiap botol Shaklee telah dicipta untuk memperbaiki kesihatan, berfungsi tanpa kompromi, dan lembut serta mesra pada alam sekitar.
Apabila korang memilih Shaklee, korang akan mengetahui tiga perkara yang nyata dan benar.

Ianya selamatterbukti dan berkesan.

Ok, bagi skincare pula, kami menggunakan produk YOUTH SHAKLEE di mana ianya telah menjalani kajian selama 8 tahun sebelum dipasarkan. Sungguh hebat kan? YOUTH SHAKLEE telah diciptakan sesuai dengan semua jenis kulit dan selamat dari 1500 jenis bahan kimia yang merbahaya. YOUTH juga adalah sebuah revolusi, dengan lapan paten dan paten-diproses, setiap produk YOUTH diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada ianya cara hidup anda, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi.

Ramai yang telah berpuashati dengan penggunaan produk YOUTH ni kerana keberkesanannya yang begitu menakjubkan dan kita dapat melihat kesan perubahan dalam masa yang singkat seawal 7 hari. Woowww!!! Mengancam kan?? Hehehe


Untuk pengetahuan kawan-kawan di luar sana, YOUTH ni bukan sahaja kami gunakan dalam rawatan spa malah kami juga menjual produk ini kerana kami ingin anda semua kelihatan cantik dan sedekad lebih muda. Vouge gitueewww!!




Slia klik youth untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai kehebatan dan kelebihan YOUTH Skincare.

Bagi harga Kursus Spa Bergerak TWB pula adalah seperti berikut:


Apakah yang korang akan dapat dengan harga semurah itu?

1. Korang akan belajar 5 courses ditambah 1 advance iaitu:

- Facial Relaxing Treatment
- Herbs Body Scrub
- Herbs Sauna 
- Aroma Milk Bath
- Footh & Hand Spa

Yang dimaksudkan dengan advance tu ialah korang akan diajar "HOW TO SETUP & RUNNING MOBILE SPA at lowest cost".

Korang nak tahu tak, sebenarnya total cost untuk ilmu dan skills yang tersenarai kat atas tu sebenarnya berharga RM5K tau kalau kat luar sana. Tapi dalam TWB, HANYA RM1K++ sahaja!! Harga 5k itu pun belum tentu dapat peralatan spa lengkap seperti yang ada dalam pakej kursus Spa TWB ini.

Selain daripada 5 kursus yang korang pelajari, korang juga akan dapat produk-produk dan kelengkapan spa seperti berikut:

1. Beauty Product dari Shaklee termasuk Set Skincare Youth

2. Manual lengkap mengenai kursus yang akan diajar.

3. FREE Membership SHAKLEE

4. Trial Kit Spa

5. Beg spa

6. Steamer

7. Ion massage

8. Sijil Penyertaan

9. Teknik marketing one to one (selesai je training, in sha Allah berderet customer menanti).

10. Support Group yang sangat happening, helpful, positive dan supportive.

11. Career Development Plan in Spa industry


12. Berpeluang bersama-sama dengan ahli TWB dalam lawatan ke Luar Negara setiap tahun.

Korang boleh klik Kursus Viral TWB TERMURAH untuk tahu dengan lebih jelas tentang Kursus Spa Bergerak Termurah TWB dan testimoni-testimoni yang dah berjaya menjana side income dengan spa TWB.

Yang paling istimewa ialah dengan bisnes Spa Bergerak TWB ini, korang akan dapat 6 penjuru income. Wooww!! Macam tak percaya kan? Sekiranya korang sakit ataupun tak dapat melakukan service spa kat customer pun korang masih lagi boleh dapat income dari 6 Penjuru Income tu. Haa...best tak? Macamana caranya nak dapat income tu?? Hurmmm... kenalah join kami dulu, barulah rahsia tidak lagi menjadi rahsia. Hehehe

Ramai yang telah berjaya menjana side income dengan bisnes Spa Bergerak TWB. Sila klik testimonitestimoni 2testimoni 3 untuk baca kisah-kisah kejayaan mereka yang dah sertai kami.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Kak Lia terus ok:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman


Pemilik dan Pengusaha,
Mamacare Beauty Spa

No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial
Email: liabr_78@yahoo.com.my
















Monday 3 September 2018

PAKEJ SPA SERI PENGANTIN TERMURAH DI KOTA BHARU, KELANTAN


Amboiii... tengok pelamin pun dah 'gah' kan?? Ok, Kak Lia nak tanya dalam hidup anda apakah perkara yang paling menyeronokkan dan tak sabar sangat nak menunggu masanya?

Hurm...kalau Kak Lia ada dua jawapan, pertama menunggu hari bahagia menjadi Raja Sehari... kedua, bila kita nak timang anak. Tapi seronok menanti kedua-dua benda ni of course lah berbeza kan? Seronok nak kahwin ni dia macam gedik-gedik sikit... ahaakkss..hehehe.. tapi seronok nak timang anak ni, asyik berdebar je risau.

Perkahwinan adalah impian setiap insan. Ada ke yang tak nak kahwin? Huhu... bila kita nak kahwin macam-macam kita buat supaya majlis kita tu meriah, sempurna dan nampak mewah. Semua benda kita nak complete. Tapi kita lupa, dalam kesibukan kita nak uruskan majlis perkahwinan, badan kita menjadi terlalu penat dan secara tak langsung muka kita akan nampak kusam, tak bermaya dan kurang seri di wajah.



Jadi, penting untuk bakal-bakal pengantin di luar sana menaikkan aura supaya badan yang kepenatan kembali segar dan wajah lebih berseri serta ceria. Bagaimana nak dapatkan Aura Seri Pengantin? Haa.. kami di Mamacare Beauty Spa ada menawarkan perkhidmatan Rawatan Spa Seri Pengantin istimewa untuk anda yang bakal menjadi Raja Sehari.

Nak kahwin ni bukan pelamin dan majlis je yang nak sempurna, persediaan diri pun kenalah sempurna juga kan?

Ok, Pakej Spa Seri Pengantin di Mamacare Beauty Spa adalah seperti berikut:


Harga Sebenar/Normal Price bagi Pakej Spa Seri Pengantin ini ialah RM250.00, tetapi disebabkan Mamacare Beauty Spa ingin meraikan bersama hari bersejarah anda maka kami membuat PROMOSI harga RM199.00 sahaja sebagai tanda hadiah istimewa dari kami.

Dan...

Mandi Bunga akan dilakukan sekiranya terdapat permintaan daripada anda.



Bunga mempunyai aura tersendiri yang dapat membantu menaikkan seri dan menambahkan pesona wanita serta membantu wanita tampil anggun. Biasanya amalan mandi bunga ini bukan sahaja dilakukan oleh bakal pengantin tetapi juga amat sesuai dijadikan amalan kaum hawa yang mementingkan kecantikan dalaman dan luaran serta mahukan aura positif.


Kebaikan mandi bunga:

- Menaikkan seri wajah
- Atasi wajah dan tubuh yang lesu
- Memberi semangat
- Menambahkan keyakinan diri
- Membantu menyerlahkan kecantikan dalaman
- Memberi aura positif

Dengan ini, Kak Lia syorkan kepada bakal-bakal pengantin di luar sana yang berdekatan kawasan Kota Bharu, Ketereh, Kok Lanas, Machang, Pasir Putih, Besut dan Jertih bolehlah mengambil Pakej Spa Seri Pengantin dari Mamacare Beauty Spa bagi menaikkan aura seri dalaman dan luaran anda sebelum menjelang Hari Bahagia serta menjadi Raja Sehari.  

Perkhidmatan yang kami berikan In Sha Allah adalah yang terbaik dan alhamdulillah ramai di antara pelanggan-pelanggan kami amat berpuas hati dengan service yang diberikan.


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Pemilik dan Pengusaha,
Mamacare Beauty Spa

No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial
Email: liabr_78@yahoo.com.my





Sunday 2 September 2018

KURSUS BERPANTANG 2018


Assalamualaikum ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana...

Hari ni Kak Lia ada berita baik nak diumumkan... wowww!! Teruja sangat dengan berita baru ni. Ok, taknak bermain teka-teki... hadiah untuk korang semua, bermula dari bulan Oktober 2018 The Walking Beauty Project akan memperkenalkan KURSUS BERPANTANG 2018

   
Ini peluang yang amat besar untuk korang mulakan bisnes bagi penjagaan Ibu Berpantang & Bersalin. Seperti yang korang sedia maklum, dengan bertambahnya kecanggihan dan kemajuan pada zaman kini wanita-wanita sekarang ni makin lupa dan mengabaikan penjagaan diri selepas bersalin dan semasa berpantang. Mereka berpendapat berpantang sangat leceh dan memerlukan ketelitian dalam segala aspek. 

Ada juga sesetengah wanita yang mementingkan penjagaan diri dalam pantang, tapi malangnya mereka tidak tahu bagaimana untuk berpantang dengan cara yang betul. Memikirkan permasalahan ini, maka sebab itulah The Walking Beauty tampil memperkenalkan Pakej Kursus Berpantang 2018 bagi membantu ibu-ibu mendapatkan rawatan penjagaan selepas bersalin dengan sempurna. 

Dalam Kursus Berpantang itu nanti korang akan diajar cara:

- Pakej Berpantang & Urutan Bersalin
- Penjagaan selepas Bersalin
- Set Pantang Shaklee
- Set Hamil Shaklee
- Cara Bertungku
- Cara Bertangas Kering & Basah
- Cara sengkak yang tidak memudaratkan
- Cara pembuatan jamu 

..... dan banyak lagi.

Dengan ilmu yang kita pelajari ini, kita boleh memberi service yang terbaik kepada ibu-ibu yang baru sahaja lepas bersalin dan secara tidak langsung kita dapat membantu meringankan beban mereka dalam menjalani hari-hari berpantang dengan lebih sempurna.  

Untuk pengetahuan semua ibu-ibu, kesan daripada kurang penjagaan ketika berpantang akan menyebabkan kita kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Bila kita bersalin, banyak urat-urat yang menegang dan juga terdapat luka bersalin. Rahim kita memerlukan masa untuk mengecut semula dan ianya bukan berlaku dalam jangkamasa yang singkat. Oleh sebab itulah, penjagaan ketika berpantang amatlah penting dan tidak boleh diambil ringan.

Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun, apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan.

Dalam masa berpantang, sesetengah ibu yang melahirkan anak juga kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini telah lama wujud sebenarnya iaitu sejak ibu hamil dan berterusan sehingga melahirkan anak. Selepas bersalin pula, ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayinya. Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Oleh yang demikian, dapatlah kita buat kesimpulan bahawasanya ibu-ibu selepas bersalin perlu mendapat penjagaan yang rapi.

Memandangkan perkhidmatan penjagaan ibu-ibu berpantang selepas bersalin mendapat permintaan yang tinggi, maka dengan ini The Walking Beauty Project membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjalani Kursus Berpantang 2018 dan boleh menjadikan ia sebagai satu kerjaya yang mudah dan senang dijalankan serta mendapat pulangan yang lumayan.   


Pakej Berpantang juga menjadi buruan artis masa kini tau... jadi, korang boleh nampak kan betapa pentingnya Pakej Berpantang sekarang ni. Sesuai dengan konsep Spa Bergerak yang dijalankan oleh kami di TWB. Maka, jadilah sebahagian dari famili besar kami. Jangan risau, korang akan dibantu dari zero to hero.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:


Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Pemilik dan Pengusaha Mamacare Beauty Spa
No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial
Email: liabr_78@yahoo.com.my












Saturday 1 September 2018


PAKEJ SPA TERMURAH DAN TERLARIS DI KOTA BHARU, KELANTAN



Assalamualaikum sahabat-sahabat di luar sana, di harap semuanya ceria sepanjang hari. Ingat yer, hidup mestilah ceria barulah hari-hari yang kita lalui itu berkualiti.

Bagi kita orang perempuan ni sememangnya terlalu sibuk dengan urusan harian. Selalu jer terkejar-kejar masa dari pagi sampai malam, biasanya bangun pagi kita kena siapkan anak-anak ke sekolah, sediakan sarapan, kemas rumah, basuh kain, sidai baju, lipat kain, masak dan lain-lain. Lebih-lebih lagi bila wanita yang bekerjaya, lepas siapkan urusan anak-anak terpaksa berkejar ke pejabat pula. Hari-hari yang dilalui cukup kelam-kabut, betul tak?

Bila kita sibuk dengan urusan harian, ianya membuatkan kita stress sebab terlalu penat dan tak ada rehat. Bila kita terlalu penat, banyak benda yang kita buat tidak memberi hasil yang memuaskan dan kesan daripada stress itu membuatkan kita cepat marah, mood swing. 

Dari tu, penting untuk kita sebagai wanita ni 'mencuri' sedikit masa untuk merehatkan diri sendiri (me-time) bagi mengembalikan tenaga dan menjalani hidup yang lebih berkualiti.

Salah satu cara yang lebih berkesan dan seronok untuk merehatkan diri ialah berspa. Oleh itu, kami di Mamacare Beauty Spa teramat memahami masalah-masalah wanita di luar sana di mana kami menyediakan perkhidmatan Spa Bergerak (Home and Mobile Spa). Tujuan Spa Bergerak kami ditubuhkan ialah bagi membantu wanita-wanita di luar sana yang terlalu sibuk dengan urusan harian untuk mendapatkan perkhidmatan spa seperti di Pusat Rawatan Kecantikan tetapi boleh dilakukan hanya di rumah. 



Kami di Mamacare Beauty Spa menggunakan produk yang natural dan berkualiti (youth) di mana ianya selamat digunakan oleh setiap lapisan umur dan semua jenis kulit. Jadi, anda semua tidak perlu risau akan keselamatan setiap produk kami. 

Produk Youth Shaklee ini telah menjalani 8 tahun kajian sebelum ianya dipasarkan. Sila klik untuk tahu dengan lebih lanjut tentang Youth Skincare.

Alhamdulillah, semua pelanggan-pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan spa dengan kami sangat berpuashati dengan hasil yang diterima.

Pelanggan-pelanggan boleh memilih di antara pakej-pakej spa yang disediakan.  Di antara perkhidmatan spa yang disediakan adalah seperti berikut:

Spa Treatment
- Full Facial Treatment
- Relaxing Face Massage
- Beauty Hand Spa
- Detox Foot Spa
- Whitening Milk Bath
- Sauna Herbs
- Body Scrub + Lulur Massage
- Tangas

Pakej
- Pakej Seri Pengantin
- Pakej Seri Bertunang
- Pakej Seri Wajah
- Pakej Seri Ibu
- Pakej Seri Dara

Berikut adalah gambar-gambar di mana pelanggan-pelanggan yang sedang memanjakan diri menikmati perkhidmatan spa:










Perkhidmatan spa bergerak kami ini dilakukan berdasarkan kehendak pelanggan samada kami ke tempat anda ataupun anda ke tempat kami. Ianya bergantung kepada permintaan anda.

Jika anda berdekatan dengan kawasan Kota Bharu, Kok Lanas, Ketereh, Machang, Pasir Putih, Pasir Mas, Jerteh dan Besut boleh lah mendapatkan perkhidmatan spa yang terbaik dan terlaris dari kami.

Jika anda ada sebarang pertanyaan ataupun berminat untuk mendapatkan perhidmatan Spa Bergerak kami, sila hubungi:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Pemilik dan Pengusaha Mamacare Beauty Spa
No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial
Email: liabr_78@yahoo.com.my