Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Tuesday 18 April 2017




Setuju tak kalau Kak Lia cakap setiap ibu bapa memang bangga dan suka sangat kalau anak-anak diorang pandai, bijak, pintar, cerdas dan sihat serta membesar dengan baik? 

Bagaimana yer untuk dapatkan semua pakej tu? Kebijakan seseorang anak tu bukan dapat diwarisi dari ibu bapa diorang tau. Ianya datang dari pelbagai faktor. Jadi, kita sebagai ibu bapa ni kena variasikanlah cara untuk membantu anak2 dalam proses pembesaran tu. Salah satunya, kita boleh amalkan pemakanan tambahan dan vitamin.

Ianya sangat penting untuk anak-anak kita supaya mereka dapat membesar dengan cergas, cerdas dan pintar. Tapi korang kena ingat, kita hanya berusaha, ikhtiar dan yakin. Yang lainnya kita tawakal je pada Allah swt semoga dengan asbab consume vitamin set anak pintar dari shaklee ni, In Sha Allah dapat membantu anak2 kita membesar dengan hebat.




Mengikut kajian, otak kanak-kanak dari lahir hingga 6 tahun mempunyai kemampuan yang luar biasa hebatnya iaitu:

  • semasa bayi dilahirkan, mereka telah mempunyai 100 billion sel otak
  • otak mereka adalah 250% lebih aktif berbanding dengan otak orang dewasa.
  • otak mereka membentuk 1000 trillion sinaps (hubungan) menjelang usianya 3 tahun iaitu 2 kali ganda lebih banyak berbanding orang dewasa
  • mampu menghasilkan sinaps (hubungan) lebih pantas pada tahun pertama berbanding tahun-tahun yang lain.
Jadi, tak ke rugi jika kemampuan mereka yang memang sudah sediada ni kita biarkan macam tu je tanpa digilap.

Jom kita selidik apakah kandungan ketiga-tiga supplement hebat ni.

1.Meal shakes

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan dalam jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Meal Shakes Shaklee juga  mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Omega Guard (minyak ikan tulen yang terbaik di dunia)

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega3  termasuk DHA dan EPA.

Chewable Vitamin C 


Chewable Vita-C Plus mengandungi 100mg vitamin c (iaitu ascorbic asid) bagi setiap biji tabletnya yang bersamaan 1 1/2 biji oren. Pengambilan Vitamin C membantu sistem imun agar anak anda lebih kuat melawan penyakit contohnya seperti  demam selesema.

 



Khasiatnya:

Meal shakes

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan.  Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang sangat diperlukan untuk membina tulang yang kuat yang penting dalam proses tumbesaran anak-anak kita. Kaya dengan protein yang membantu pembentukan kulit, kuku, rambut, darah dan organ yang sihat.

Omega Guard

DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan

Chewable Vitamin C Plus

Vitamin membantu menguatkan sistem imun anak-anak dan membantu mencegah demam dan jangkitan selesema yang selalu menyerang anak-anak.


Boleh dirumuskan kat sini, secara ringkasnya set ini dapat membantu anak-anak untuk: 
1. Membekalkan lebih tenaga untuk hari yang sibuk
2. Meningkatkan daya tumpuan
3. Merangsang kesihatan otak dan mata yang optimum
4. Makanan pelengkap untuk keperluan nutrisi kanak-kanak
5. Menambah selera makan anak dan juga menambah berat bagi yang kurang.

6. Menguatkan antibodi. 

Sekarang, anda dah clear tentang betapa pentingnya supplement tambahan untuk anak2 ni? Kalau nak tahu bagus ke tak set anak pintar ni, cubalah dulu...lepas tu baru boleh lihat sendiri perbezaan kat anak-anak. Set ni boleh tahan sehingga 2-3 bulan tau, sebenarnya takdelah mahal pun jika dibahagikan kepada 90 hari. Yang penting, impian kita sebagai ibu bapa ni mesti nak anak sihat dan cerdas kan? Barulah kita pun senang hati.

Jom Kak Lia belanja testimoni plak.







Jangan lupa untuk hubungi Kak Lia segera. 

Stok kini TERHAD!


Shaklee Independent Distributor


Lia Ab Rahman
FB: Chenta Leandra
IG: chentaleandra

Tel: 019-6442032

Saturday 15 April 2017


Ada tak di antara anda yang tak pernah, tak suka atau pun tak kuaaassaaa nak cuci muka? Huiishh, kalau Kak Lia lah, tak cuci muka sehari pun dah rasa macam tebal je kuman2, segala jenis mak nenek kotoran dok ada kt muka ni. Rasa mcm ada sesuatu yang tak lengkap je dlm hidup. huhuhu..kenot, kenot...tak boleh! Muka mesti kena cuci setiap hari.







Pencuci muka ni adalah satu benda yang wajib ada oleh setiap orang especially wanita lah kan sebabnya kebanyakan wanita ni kalau tak seinci tebal makeup tu tak keluar rumah kot..hehehe. Kalau tak bermakeup sekalipun, muka kita ni pun terkena gak dengan kotoran2 dari persekitaran. Nak tak nak, mmg kena cuci muka tu.

Yang paling penting, kenalah pilih pencuci muka yang sesuai dgn kulit wajah kita. Most suggested ialah pencuci muka yang bebas dari bahan kimia. Dah tentu lah kan korang semua tak nak pencuci muka yang boleh buat kulit muka kita gelupas, merah2 mcm udang kena bakar tu kan? Pilihan Kak Lia dah tentulah pencuci muka Nutriwhite dari shaklee ni, memang selamat untuk kulit wajah kita. Korang yang selalu guna produk berjenama tu jangan risau sebab produk Nutriwhite Shaklee ini memang setanding dengan Estee Lauder dan SKII.




Mesti anda tertanya kan apa yang special sgt ngan pencuci muka nutriwhite ni. Keistimewaannya ialah:

- Menjadikan kulit wajah kita segar dan bersih
- Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
- Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
- Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangi pigmen
- Memberi cucian lembut dan menyegarkan serta tidak menghakis atau menggelupas

NutriWhite bertindak dengan 5 cara iaitu: 
  • Menghalang – Melindungi kulit secara aktif dari kerosakan akibat terdedah kepada sinaran matahari dan UV. 
  • Mengurangkan – Mengurangkan penghasilan melanin yang menyebabkan kulit gelap dan kusam. Kulit akan kelihtan lebih cerah dan berseri. penggunaan yang berterusan menjadikan kulit anda kekal dengan tona yang sempurna. 
  • Menyekat – Pigmentasi disekat dari muncul di lapisan atas kulit sekaligus menghalang kulit dari bertompok. 
  • Mencerah – Menjadikan kulit lebih cerah dan tona kulit sekata. 
  • Memperbaharui – Menanggalkan sel-sel kulit mati yang menyebabkan liang kulit tersumbat sekaligus menjadikan kulit lebih cerah dan berseri. 

Dan yang paling specialnya, boleh tahan sampai 7-8 bulan tau. Mau taknya, calit sikit pun dah berbuih byk gila. Memang jimat sgt2. Kak Lia start guna dari bulan 12 tahun lepas bayangkan tahun ni dah masuk bulan 4 pun masih banyak lagi. 

Anda masih ragu-ragu lagi? Tak percaya? Jom, apakata Kak Lia belanja sikit testimoni untuk tatapan anda.
























Jangan lupa untuk hubungi Kak Lia segera. 

Stok kini TERHAD!


Shaklee Independent Distributor


Lia Ab Rahman
FB: Chenta Leandra
IG: chentaleandra

Tel: 019-6442032


Monday 10 April 2017



DETOX

Apakah itu detox?

Detox ialah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun atau toksin yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama melalui cara pemakanan, pengudaraan ataupun penggunaan peralatan harian.

Toksin adalah bahan beracun dari dalam badan sendiri atau faktor luaran yang tak perlu ada pun dalam badan kita, yang hanya menunggu masa untuk merosakkan badan dan malah boleh menjadi punca pada penyakit serius seperti kanser, gout, masalah penghadaman, hati dan juga masalah kesuburan. 

Sebenarnya, badan kita sendiri mempunyai agen detox iaitu paru-paru, usus, buah pinggang, kulit dan hati. Fungsi paru-paru ialah ia akan mengeluarkan gas-gas dioksida dari badan kita, hati pula akan menutralkan toksin dan juga sebagai penapis bagi darah kita. Kulit akan mengeluarkan peluh melalui senaman, usus akan mengeluarkan bahan-bahan buangan dari makanan. Toksin yang larut dalam lemak akan dihantarkan ke usus dan keluar sebagai najis, manakala toksin yang larut dalam air akan dihantar ke buah pinggang dan diproses sebagai air kencing.

Mengikut kajian, wanita kebiasaanya akan terdedah kepada 126 jenis bahan kimia setiap hari sebelum ke tempat kerja. Ini kerana, wanita akan menggunakan hand lotion, perfume, kosmetik dan lain-lain perkara sebelum sampai ke pejabat. 


Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan

  • Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulut berbau, badan berbau
  • Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  • Masalah sendi 
  • Masalah kulit
  • Selulit, kenaikan berat badan 

Bagi anda yang nak menurunkan berat badan, adalah lebih baik anda melalui proses detox dahulu bagi mengeluarkan segala toksin di dalam badan bagi memudahkan penyerapan vitamin lain.






Manfaat Detox


1) Detox dapat membersihkan sistem kolon kita. Secara tidak langsung segala toksin dapat keluar melalui pembuangan najis dan air kencing. Bila usus kita dah bersih, dapat elakkan masalah sembelit dan kembung perut.

2) Proses detox juga dapat menurunkan berat badan secara sihat. Dengan plan detox, pengambilan makanan dan senaman yang betul akan memudahkan proses menurunkan berat badan. Jadi, kalau anda yang dah lama berdiet tapi masih tak kurus2, itu maksudnya ada kena detox dulu.

3) Proses detox dapat memberi tenaga kepada tubuh. Sesiapa yang selalu letihdan tidak bermaya, sila awasi diri anda kerana mungkin tubuh badan anda penuh dengan toksin. 

4) Dapat mengurangkan rasa lapar atau craving terhadap makanan. Sebab itu juga bila kita berdetox, berat badan kita cepat turun.

5) Menguatkan sistem imun tubuh. Bila sistem imun kita kuat, kita dapat mencegah pelbagai penyakit daripada menghampiri kita.

6) Mengurangkan stress. 

7) Memperbaiki masalah kulit. Dengan berdetox, kita akan memiliki kulit yang lebih cantik, cerah dan bermaya. 

8) Detox juga dapat menjadikan tidur kita lebih lena. 


Jadi, kepada anda yang inginkan badan sihat, cepat2 lah detox kan diri anda. Shaklee mempunyai set detox yang paling bagus dalam membantu badan kita melalui proses detox secara sihat dan semulajadi.

 





Sebelum itu, jom kita tengok beberapa testimoni yang dah melakukan detox melalui set detox shaklee.













Sekarang ni anda dah tahukan betapa pentingnya detox untuk badan kita. Jom, kita nyahkan toksin atau racun-racun dalam badan. 

Dapatkan segera set detox shaklee dari Kak Lia 0196442032.





Wednesday 5 April 2017



Hello guys...Kali ni Kak Lia nak berkongsi cerita tentang projek SPA termurah di Malaysia. Apakah TWB tu? TWB adalah singkatan kepada The Walking Beauty di mana projek SPA yang dijalankan ini bergerak tanpa kedai (Home and Mobile SPA). Dengan bermodalkan kos yang paling rendah anda dah dapat miliki SPA sendiri dan in sha Allah dapat menjana pendapatan RM2k++ sebulan. Kalau usaha lebih, maknanya akan lebih lagi lah dapat income tu..

Berminat tak nak tau? Jom, selami citer Kak Lia ni sampai habis ok...hehe...

Dalam projek spa TWB ni, ada 2 pakej pilihan iaitu SELF SPA dan MOBILE SPA. 

SELF SPA


MOBILE SPA
   
Apa yang menarik dengan kedua-dua pakej ni? Haaa, masing-masing ada daya tarikan tersendiri. 


SELF SPA:

Melalui Pakej Self Spa RM 399 anda akan dapat seperti berikut:

✔ Ilmu training SPA PERCUMA melalui link video yang akan disharekan (tiada training face to face)
✔ Trial Kit SPA (Limited edition)
✔ 4 produk/vitamin Shaklee

    - Ostematrix
    - SR Vita-C Plus
    - Herb-Lax
    - Make-up Remover



MOBILE SPA:

Melalui Pakej Mobile Spa RM 699 anda akan dapat seperti berikut:

✔ Ilmu training SPA PERCUMA. Ni payah nak dapat ni...kalau kat luar tu cuba ler anda search, training je pun dh boleh mencecah RM2000 tau tanpa produk. Kitorang ni nak bagi secara PERCUMA je kat anda. Anda hanya perlu bayar kos utk produk2 SPA sahaja.
✔ Hands on practical training (One to one/face to face training). Yelah, kalau buat secara ramai2 nanti tak boleh nak fokus plak kan?
✔ Trial Kit SPA (Limited edition), once habis jer training dah boleh running spa sendiri. 
✔ Module SPA
✔ Produk hot shaklee Vivix, sebab nak anda bukan cantik kat luar je, kat dalam pun mestilah kebaboom dan juga 2 vitamin lain (SR Vita-C Plus + Ostematrix)
✔ Access to secret & support group for lifetime. Kalau kat luar tu, dah habis kelas atau kursus, pandai2 lah yer anda nak running business SPA tu camne takde maknanya diorang nak guide lagi...silap2 haribulan kena tambah service charge lak. Orang kata no money no talk. 
✔ Sijil penyertaan





Ni pengasas projek TWB, manis kan orangnya? hehehe



Opss!! Tunggu dulu, ada lagi yang special tentang projek TWB ni tau. Anda akan berpeluang melancong ke luar negara, sebabnya tiap-tiap tahun team TWB akan mengadakan annual trip. Tahun 2017 ni plak dengarnya nak ke Maldives. Wow!!! Pulau cinta impian setiap manusia...bestnyer...



Ni, gambar team TWB tahun lepas kat Perth. Best kan? cer cari mummy Kak Lia kat situ...tu, sblh kiri hujung skali..comel orangnyer...ahakkss..








Amacam? Best kan dapat jadi ahli family TWB ni. Memang rugi besar kalau tak join tau. Dengan kos semurah itu anda boleh menjana pendapatan dari rumah jer melebihi orang yang bekerja kat office tau! Mana lagi untung? Anak2 depan mata (tak perlu keluarkan duit utk bayar pengasuh), jimat minyak keta, masa dan macam2 lagi boleh jimat tau.

Dah terdetik dalam hati tu nak join? Boleh jer...pm atau whatsapp jer Kak Lia 0196442032. 

Ingat tau...kecantikan adalah hakmilik setiap insan...