Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Monday 27 March 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 Kak Lia yang budiman....

Seperti yang dijanjikan, hari ni Kak Lia nak bongkarkan rahsia meletops SET MENYUSU SHAKLEE. Untuk pengetahuan anda, set menyusu shaklee ni mempunyai banyak kelebihan, manfaat dan khasiatnya. Dan yang paling istimewanya set ini boleh dipilih mengikut bajet anda. Jadi, anda tidak perlu risau memikirkan kos bagi mendapatkan set menyusu pilihan yang anda inginkan.


Alhamdulillah dari anak pertama sehinggalah anak kelima ni Kak Lia memang breastfeeding. Seronok dapat bagi susu penuh kita sendiri kepada anak2. Rasa tenang saat menyusukan tu kita dapat rasai sendiri dan connection hati ke hati ketika baby tenung wajah kita semasa menyusu terasa 'deep' sgt. Tak dapat digambarkan kebahagiaan yang Allah swt anugerahkan pada kita yang bergelar ibu ni kan? Hebat dan besarnya rahmat Allah swt kepada kita hambanya.


Sudah pasti anda semua pun tak nak melepaskan peluang masa berharga bersama baby masing2 kan? Jadi, jom kita lihat SET MENYUSU yang kebaboomm dari shaklee ni mengikut bajet anda. Diharap ianya dapat membantu anda.




Pilihan Pertama (SET A)




Pilihan Kedua (SET B)




Pilihan Ketiga (SET 3M)


Sekarang kita dah kenalpastikan SET MENYUSU mengikut bajet iaitu SET A, SET B dan SET 3M. SET 3M ni yang paling lengkaplah untuk anda yang menyusukan baby. Apakah maksud dengan SET 3M tu yer? Maksudnya ialah Mother Miraculous Milk. 

Jom kita tengok fungsi masing-masing lak yer:

1. ESP (hot seller dan sentiasa kehabisan stok)


  • Membekalkan tenaga berpanjangan pd ibu.
  • "Milk-booster" yg mempercepatkan lagi penghasilan susu dan yg bestnya memekatkan susu sehinggakan ramai ibu-ibu yg happy sbb baby tak kerap bgn mlm utk menyusu lagi sbb baby dah puas menyusu sebelum itu.
  • Menjadikan kulit ibu semakin anjal, licin dan cerah. Baby juga semakin gebu dan sihat.
  • Payudara juga menjadi semakin anjal dan tegang.

2. Alfalfa

  • Juga sebagai "milk-booster"
  • Merawat dalaman ibu dan menghilangkan keputihan tanpa memberi kesan kepada baby
  • Membantu masalah keputihan
  • Mengelakkan sembelit
  • Bagi baby atau ibu yg ada ekzema, alfalfa boleh membantu
  • Dan lain-lain manfaat

  • Kalsium yg sangat penting untuk penghasilan susu.
  • Menghilangkan rasa kebas dan sakit-sakit badan akibat kekurangan kalsium. Ibu yg menyusu perlukan kalsium yg lebih tinggi dari yg tidak menyusu.
  • Juga membantu mengelakkan dari sembelit.
  • Secara tak langsung ibu akan merasa lebih cergas dan bertenaga walaupun kerap bgn malam utk menyusukan baby.
  • Kalsium juga amat penting utk pembentukan tulang dan gigi baby.

4. Vitalea

  • Multivitamin dan multimineral yg lengkap untuk keperluan tubuh badan kita
  • Dilengkapi dengan formulasi zat besi yg sgt membantu bagi ibu-ibu yg ada anemia atau kurang darah.
  • Memberi tenaga kepada ibu dan beri khasiat pada baby.
  • Ibu tidak akan kelihatan pucat atau tidak bermaya.

5. B-Complex

  • "Happy Vitamin" yg memberikan mood ceria pada ibu dan hilangkan rasa stress dan dapat mengelakkan 'meroyan'.
  • Ini sekaligus memudahkan lagi penghasilan susu kerana apabila ibu gembira dan tenang, susu akan menjadi lancar.
  • Juga membuatkan ibu awet muda kerana B-Complex akan memberi seri pada wajah.
  • Penting untuk sendi dan saraf.

6. Sustained Release Vita-C Plus (hot seller dan sentiasa kehabisan stok)

  • Vitamin C terbaik di pasaran kerana pelepasannya adalah sedikit-sedikit mengikut jam.
  • Penting untuk membantu penghasilan kolagen, maka kulit akan kekal anjal, licin dan lembap.
  • Menguatkan lagi imun ibu dan baby agar tidak mudah diserang penyakit.
  • Melancarkan peredaran darah dan menyembuhkan luka dgn cepat.

7. Omega Guard

  • mengandungi omega-3 fatty acid sangat membantu dalam perkembangan otak dan mata yang sihat buat si manja.
  • kajian saintifik membuktikan, lebih banyak bekalan omega-3 anda bekalkan kepada bayi anda, lebih hebat dan cepat neurons akan berhubung sekali gus menjadikan anak kita pintar.
  • mengurangkan sakit sendi.
  • memelihara jantung, mengelakkan penyakit strok dan memperbaiki perjalanan darah.
  • Untuk ibu-ibu yang melahirkan anak Autisme , Dyslexia dan Hyperaktif, EPA & DHA ni dapat membantu perkembangan otak mereka dan membantu meredakan tekanan yang anak-anak dan ibu hadapi.


      Berikut adalah testimoni yang menggunakan set menyusu shaklee ni....















Anda dah clearkan pasal set menyusu ni? Kak Lia belanja lak jadual latihan untuk perahan susu ibu. Boleh lah anda amalkan nanti.





Oklah, rasanya dah panjang lebar sgt celoteh Kak Lia kali ni. Bolehlah hubungi Kak Lia untuk sebarang pertanyaan atau order ok. Kak Lia sedia membantu anda yang memerlukan. Ingat tau, susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia. Kesiankanlah anak2 kita asyik minum susu lembu jer...hehehe..

Kak Lia belanja sikit gambar baby bongsu Kak Lia ni. Ahmad Danial Fayaadh, nama secomel tuannya kan?? Terperasan lah plak mama dia...huhu...Umur 4 bulan dah ni.. 



ni fresh lagi ni...dalam labour room



fayyadh dah masuk dalam wad. syoknya dia tidur...



tidur lagi..hehehe...










terkini (4 bulan)








Sunday 26 March 2017

Assalamualaikum dunia...


Hari ni Kak Lia nak update entri pasal cuti2 Malaysia. Hehehe...biasalah bila time cuti sekolah barulah boleh gi jenjalan rehatkan minda kan? Cuti sekolah kali ni, Kak Lia tak pergi jauh pun gi Genting jer. Sebenarnya planning nak gi Goldcourse Morib tapi tak jadi.

Banyak kali dah Kak Lia gi Genting ni, masa bujang 3x, kahwin 1x, ada anak 2 orang 1x, anak masuk 3 orang 1x dan baru jer masuk 5 orang ni 1x. Memang best kat sana lagi2 game outdoor, macam2 ada cuma readykan duit jer lah...huhuhu. Tapi malangnya, masa Kak Lia gi ni outdoor masih lagi tengah renovate. Jadi xde apa2 pun nak main, main indoor game jerlah tapi apalah sgt kalau indoor game.

Kak Lia menginap kat First World Hotel, ala...yang colourful punya hotel tu...mmg cantik dan canggih ler...nak check in atau check out semua layan diri. Kak Lia booking online awal2 senang lah...Takyah gi kaunter, ambik kunci hotel pun melalui mesin2 layan diri yang dah disediakan di lobi hotel.  




Ni lah First Worl Hotel, cantikkan? Dengan pemandangan yang mengasyikkan, angin sejuk dingin, awan pun lalu kt tingkap macam tu jer...pergghh!!  cantik giler..


Dah penat bawak keta jauh perjalanan, tuan AZ pun dah sakit pinggang tu..berhenti rehat ambik angin jap..hehe



Eh..eh..termenung plak dia yer...menikmati keindahan alam katanya...




Ok, kita sambung balik perjalanan kita yer...haaa, dah nampak dah signboard jalan nak naik ke First World Hotel tu.



Dah sampai kat hotel, kita bergambar dulu ok. Memang cantik giler view dia, dengan cahaya matahari waktu pagi tu..Herrmmm, segarnya rasa minda.







Masing2 dah berterabur dah tu ha..pandai2 lah nak oiii....masing2 dah penat nak rehat dalam bilik cepat2.


Yang si angah ni x abih2 nak posing je kerjanya.



Ni gambar pemandangan dari bilik Kak Lia





Muka masing2 x puas hati sebab outdoor game takde. Nak wat camne sayang2 mama..hehehe




Ini jer la yang boleh naik pun...huhuhu



Acik posing kat taman bunga




Ayong masih lagi dalam mood swing...hehehe



Esoknya dah check out...ke next destination plak...seminggu cuti sekolah ni penuh dengan aktiviti menceriakan anak2.


Good bye Genting, nanti kitorang datang lagi lepas outdoor game siap ok. Barulah best dan syok...

Kesimpulannya, kalau nak gi bercuti kena surveylah dulu best ke tak best..hehee..Kak Lia ingatkan outdoor game dia tu dah siap, mcm2 dalam kepala ni nak main ngan anak2. Sekali dah sampai..huhuhu..frust lak takde apa pun...tapi, takpe sebab banyak lagi destinasi yang nak dituju ni. Nanti mama tebus balik ok sayang2 mama..cukuplah dulu untuk kali ni yer, ada masa Kak Lia update lagi pasal percutian famili.












APAKAH ITU B-COMPLEX ??



Mungkin ramai di antara anda belum tahu apa itu B-Complex. Entri kali ni Kak Lia nak kupaskan tentang B-Complex. B-Complex ni ialah supplement yang mengandungi semua lapan jenis vitamin B iaitu B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (panthotenic asid), B6 (pyridoxine), B7 (biotin), B9 (asid folic) dan B12 (cobalamine). Vitamin B juga boleh didapati secara semulajadi dari makanan tetapi persoalannya adakah makanan yang kita ambil tu mencukupi? Dah tentulah jawapannya TIDAK kan? Jadi, penting untuk kita cari alternatif bagaimana untuk mencukupkan vitamin tersebut dalam badan.

Jom Kak Lia bawa anda mengkaji apakah  Fungsi Setiap Vitamin B Complex Kepada Tubuh:



  • B1 (thiamine) boleh membantu mencegah penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes tahap 2 dan mengurangkan risiko katarak.
  • B2 (riboflavin) boleh mencegah migrain.
  • B3 (niasin) boleh menurunkan paras kolesterol.
  • B6 boleh melindungi daripada risiko penyakit jantung, melegakan gejala-gejala PMS dan mengurangkan loya ketika hamil.
  • B9 (folat atau acid folic) boleh membantu mencegah kanser payudara, kanser kolorektal, kanser pankreas, dan juga risiko penurunan kecacatan kelahiran apabila diambil oleh wanita hamil.
  • B12 boleh mengurangkan risiko kanser pangkal rahim dan mengurangkan paras homocysteine (asid amino) dianggap sebagai penyumbang kepada penyakit jantung apabila ia berada pada paras yang tinggi.













  • Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B Complex? Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:
    • 1. Lemah sistem saraf.
    • 2. Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung.
    • 3. Pembentukan sel abnormal.
    • 4. Mengakibatkan anemia.
    • 5. Masalah depresi (tekanan perasaan).
    • 6. Kehilangan daya memori.
    • 7. Cepat letih.
    • 8. Sesak nafas.
    • 9. Insomnia.
    • 10. Kurang fokus dan konsentrasi.
    • 11. Mudah tersinggung.







    Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk kanak-kanak?
    • 1. Merangsang pertumbuhan.
    • 2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
    • 3. Memberikan tambahan tenaga.

    Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk orang dewasa?
    • 1. Menambah tenaga.
    • 2. Mengurangkan stress.
    • 3. Melambatkan proses uban di rambut.
    • 4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

    Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk ibu mengandung?
    • 1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
    • 2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
    • 3. Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin



    Yang Paling special betul ke B-Complex ni boleh hilangkan stress? 



    Jom kita tengok jawapannya:


    Vitamin B-12 dan vitamin B yang lain memainkan peranan dalam menghasilkan bahan kimia dalam otak yang akan memberi kesan kepada Mood dan beberapa fungsi otak yang lain. Sekiranya tahap B-12 dan vitamin B yang lain (seperti B-6 dan folate) rendah ia akan mengakibatkan depression ‘tekanan perasaan’. Kesan buruk kekurangan vitamin itu juga akan membawa kepada tiada selera makan atau kegagalan untuk tubuh menyerap vitamin yang dimakan.
    Berdasarkan Kongress Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG), kajian menunjukkan pengambilan vitamin B6 bukan sahaja selamat, malah sangat berkesan untuk mengurangkan kesan 'morning sickness' seperti loya, mual dan muntah. Dan bagi ibu-ibu yang dalam pantang pun bagus juga amalkan B-Complex ni bagi mengelakkan 'meroyan'.
    Bukan Kak Lia saja nak rekeman B complex Shaklee tp dh ramai sgt testimoni yg berjaya atasi masalah mcm ni tau.. Jom Kak Lia belanja testimoni sikit:






    Macamana pembaca2 sekalian? Anda dah clear ke tentang B-Complex ni? Memang banyak fungsi dan khasiatnya. Boleh hubungi Kak Lia sekiranya anda inginkan info lanjut atau untuk order ok. Kedai Kak Lia sentiasa open untuk anda semua.