Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Sunday 2 September 2018

KURSUS BERPANTANG 2018

KURSUS BERPANTANG 2018


Assalamualaikum ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana...

Hari ni Kak Lia ada berita baik nak diumumkan... wowww!! Teruja sangat dengan berita baru ni. Ok, taknak bermain teka-teki... hadiah untuk korang semua, bermula dari bulan Oktober 2018 The Walking Beauty Project akan memperkenalkan KURSUS BERPANTANG 2018

   
Ini peluang yang amat besar untuk korang mulakan bisnes bagi penjagaan Ibu Berpantang & Bersalin. Seperti yang korang sedia maklum, dengan bertambahnya kecanggihan dan kemajuan pada zaman kini wanita-wanita sekarang ni makin lupa dan mengabaikan penjagaan diri selepas bersalin dan semasa berpantang. Mereka berpendapat berpantang sangat leceh dan memerlukan ketelitian dalam segala aspek. 

Ada juga sesetengah wanita yang mementingkan penjagaan diri dalam pantang, tapi malangnya mereka tidak tahu bagaimana untuk berpantang dengan cara yang betul. Memikirkan permasalahan ini, maka sebab itulah The Walking Beauty tampil memperkenalkan Pakej Kursus Berpantang 2018 bagi membantu ibu-ibu mendapatkan rawatan penjagaan selepas bersalin dengan sempurna. 

Dalam Kursus Berpantang itu nanti korang akan diajar cara:

- Pakej Berpantang & Urutan Bersalin
- Penjagaan selepas Bersalin
- Set Pantang Shaklee
- Set Hamil Shaklee
- Cara Bertungku
- Cara Bertangas Kering & Basah
- Cara sengkak yang tidak memudaratkan
- Cara pembuatan jamu 

..... dan banyak lagi.

Dengan ilmu yang kita pelajari ini, kita boleh memberi service yang terbaik kepada ibu-ibu yang baru sahaja lepas bersalin dan secara tidak langsung kita dapat membantu meringankan beban mereka dalam menjalani hari-hari berpantang dengan lebih sempurna.  

Untuk pengetahuan semua ibu-ibu, kesan daripada kurang penjagaan ketika berpantang akan menyebabkan kita kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Bila kita bersalin, banyak urat-urat yang menegang dan juga terdapat luka bersalin. Rahim kita memerlukan masa untuk mengecut semula dan ianya bukan berlaku dalam jangkamasa yang singkat. Oleh sebab itulah, penjagaan ketika berpantang amatlah penting dan tidak boleh diambil ringan.

Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun, apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan.

Dalam masa berpantang, sesetengah ibu yang melahirkan anak juga kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini telah lama wujud sebenarnya iaitu sejak ibu hamil dan berterusan sehingga melahirkan anak. Selepas bersalin pula, ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayinya. Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Oleh yang demikian, dapatlah kita buat kesimpulan bahawasanya ibu-ibu selepas bersalin perlu mendapat penjagaan yang rapi.

Memandangkan perkhidmatan penjagaan ibu-ibu berpantang selepas bersalin mendapat permintaan yang tinggi, maka dengan ini The Walking Beauty Project membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjalani Kursus Berpantang 2018 dan boleh menjadikan ia sebagai satu kerjaya yang mudah dan senang dijalankan serta mendapat pulangan yang lumayan.   


Pakej Berpantang juga menjadi buruan artis masa kini tau... jadi, korang boleh nampak kan betapa pentingnya Pakej Berpantang sekarang ni. Sesuai dengan konsep Spa Bergerak yang dijalankan oleh kami di TWB. Maka, jadilah sebahagian dari famili besar kami. Jangan risau, korang akan dibantu dari zero to hero.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:


Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Pemilik dan Pengusaha Mamacare Beauty Spa
No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial
Email: liabr_78@yahoo.com.my












0 comments