Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Saturday 21 April 2018

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN ALFAFA SHAKLEE

FUNGSI ALFAFA SHAKLEE


Assalamualaikum sayang-sayang Kak Lia. Entri kali ni Kak Lia nak kongsikan dengan korang semua tentang ALFAFA SHAKLEE. Kita akan kupaskan satu persatu tajuk kat atas tu ok.

Kenapa alfafa digelar Raja Segala Tumbuhan? Haaa... sebabnya alfafa itu sendiri bermaksud Raja Segala Makanan. Alfafa ni sebenarnya salah satu tumbuhan yang sangat berkhasiat kerana akar tunjangnya boleh mencecah 20 kaki dalam tanah. Jadi, alfafa boleh menyerap lebih banyak nutrien dari tanah.


Mengikut kajian lebih 300 nutrien dan mineral yang ada dalam pokok alfafa ni. Antaranya kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, bioflavonoid, vitamin dan klorofil.

Alfafa adalah produk signature shaklee tau!! Dr. C Forrest Shaklee menghasilkan alfafa pada tahun 1950, fullamakkk... dah dekat 70 tahun rupanya.

Alfafa ni ditanam di kawasan subur di California dan Shaklee hanya menggunakan serbuk daun alfafa sahaja untuk hasilkan tablet alfafa sebab itulah ia terlalu mudah larut dalam air.

Kalau orang dulu-dulu, diorang gunakan daun alfafa ni untuk ulser, sakit sendi dan banyakkan susu dalam badan. Diorang makan daun alfafa macam tu je macam makan ulam gituuu... Maklum lah kan, terlalu banyak khasiat dalam alfafa ni, apa pun sanggup telan. Hehehe...

KHASIAT ALFAFA

1. AGEN DETOX

Sesiapa je yang nak kurus memang elok dan wajib makan alfafa ni. Kak Lia pun memang makan alfafa ni, kalau rasa dah terlebih makan memang akan telan alfafa ni. Alfafa akan bertindak dalam badan dan buang melalui najis, so tak adalah rasa menyesal sangat bila makan banyak.

Lagi satu, kalau korang makan vitamin untuk kecantikan tapi tak nampak kesannya boleh detoks dulu dengan alfafa ni. Alfafa berfungsi membuang toksin yang ada dalam badan, barulah vitamin lain yang kita makan mudah diserap.

2. KEPUTIHAN

Alfafa dapat membantu kurangkan keputihan, kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan. Ia juga berfungsi ala-ala kacip fatimah dan tongkat ali untuk pasangan yang sudah berkahwin.

3. MILK BOOSTER

Alfafa juga berfungsi untuk memeriahkan susu badan bagi ibu-ibu yang menyusu. Bagi ibu-ibu yang sedang menyusu, Kak Lia syorkan sangat amalkan alfafa ni. Orang dulu-dulu makan daun alfafa macam tu je, kita sekarang ni dah untung dan bertuah sangat-sangat sebab shaklee dah tabletkan alfafa ni bagi memudahkan untuk kita telan.

4. KESIHATAN TULANG

Nutritionist shaklee pernah memaklumkan, makan 10 biji alfafa ni umpama kita minum segelas susu tinggi kalsium. Tulang yang sihat perlukan kalsium yang cukup. Jadi, kalau tak suka minum susu boleh makan alfafa ni sebagai ganti.

5. MASALAH BAU BADAN, KAKI DAN MULUT

Masalah bau ni berkait rapat dengan toksin dalam badan. Bila kita makan alfafa, toksin dalam badan akan disingkirkan dan secara tidak langsung bau badan akan berkurangan.

Ada seorang customer ni, anak lelaki dia ada masalah kaki berbabu sebab kerja sentiasa pakai safety shoes. Kasut tu kan tebal dan kedap udara sikit, bila anak dia buka kasut sati rumah berbau. Jadi, dia bagi anak dia makan alfafa dan letak juga alfafa tu dalam kasut serta hancurkan alfafa dan sapu kat kaki. Alhamdulillah kaki anak dia dah kurang berbau.

6. RESDUNG

Alfafa juga bagus untuk resdung. Bagi yang resdung terlalu kuat memang patut ambil alfafa ni. Bagi yang resdung kuat ni, memang tak boleh makan seafood kan? Tengok orang sebelah makan, telan air liur je lah gamaknya. Hehe... Jadi, sebelum korang nak makan seafood tu, seeloknya telan alfafa dulu.

Sama juga yang alah dengan habuk dan lain-lain, boleh ambil alfafa untuk kawal resdung. Bahaya juga resdung ni, boleh buat mata buta kalau tak dirawat.

Tanda-tanda korang ada resdung:
- Nafas berbau
- Kerap selesema
- Hidung tersumbat
- Gatal-gatal di kawasan muka (hidung, pipi dan mata)
- Kerap bersin
- Tidur berdengkur
- Kerap sakit kepala
- Rambut gugur

Lain-lain khasiat alfafa ni adalah untuk gout, lancarkan haid, kawal gula dalam darah, kawal kolesterol, atasi masalah sembelit, masalah kesuburan dan sebagainya.

GOLONGAN YANG TIDAK BOLEH MAKAN ALFAFA

1. PENGHIDAP SLE

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protien darah dengan banyaknya. Protien darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindakbalas terhadap tisu seseorang.

Dalam alfafa ada sedikit protien yang memberi tindakbalas kepada pesakit SLE. Sebab itulah pesakit SLE tidak boleh makan alfafa. Shaklee pun ada tulis kat botol alfafa tu. Balik rumah tengok kat botol ok. Hehe...



2. PESAKIT PSORIASIS

Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimmune yang mengubah jangka hayat sel-sel kulit. Psoriasis menyebabkan pertumbuhan pantas sel-sel di permukaan kulit. Lebihan sel kulit ini akan membentuk satu kawasan kulit tebal berkilat yang kering, sangat gata dan adakalanya menyakitkan.

Psoriasis adalah sejenis penyakit kronik yang kekal lama. Penyebab penyakit ini masih belum diketahui tetapi umumnya ia berkait dengan sistem imun dan genetik individu.

3. IBU MENYUSU BAYI G6PD DEFICIENCY

G6PD ialah enzim glucose-6-phospate-dehydrogenase. G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuklah dari sumber makanan dan ubatan. Bayi kekurangan G6PD bermakna badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.

Alfafa tinggi dengan Vitamin K, sebab itulah ibu menyusu yang ada bayi G6PD tidak boleh makan alfafa (sepanjang tempoh penyusuan sahaja). Ibu menyusu boleh ambil ESP dan Vitamin Set Penyusuan yang lain untuk milk booster.



BEZA ALFAFA DAN SPIRULINA

Ramai yang mengatakan alfafa dengan spirulina adalah lebih kurang sama je fungsinya. Ramai juga yang keliru di antara alfafa dan spirulina. Jom kita tengok apakah beza di anatara keduanya.

Alfafa - pokok yang akarnya 20 kaki dalam tanah.
Spirulina - sejenis rumput air.

Jadi, kandungan vitamin dan mineral di dalam alfafa adalah lebih tinggi (yang diserap daripada kedalaman 20 kaki). Walau bagaimanapun, spirulina juga bagus untuk kesihatan cumanya alfafa lebih bagus.

ALFAFA DALAM SPA

Haaaa... yang ni paling menarik!! Yang mana belum tahu Kak Lia ni adalah beautitian SPA (home and mobile spa), maknanya hari ni korang dah tahu lah ye. Kak Lia gunakan alfafa ni dalam servis SPA Kak Lia. Teramat powerful untuk hilangkan whitehead dan blackhead. Yang mana ketiak atau celah-celah yang hitam tu boleh lah amalkan alfafa ni. Kalau korang nak dapatkan servis spa dan merasakan sendiri betapa power nya alfafa ni boleh Pm Kak Lia ok.


PM/Whatsapp/Tele:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Pemilik dan Pengusaha Spa Q And Mamacare
No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial

Email: liabr_78@yahoo.com.my



4 comments:

  1. Jangan banding alfalfa dengan spirulina, masing masing ada kelebihan nya tak ada yang mana lebih bagus cuma sesuai diambil atau tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarlah org nak banding. yg ko sibuk apehal..org brniaga cra elok pnye kterangan..jgn dngki dn perut busuk👌

      Delete
  2. Salam saya penghidap kencing manis. Boleh tak saya mengambil Alfalfa complex ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh sis..untuk info blh pm saya www.wasap.my/601137563796/shaklee

      Delete