Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Wednesday 8 November 2017

PERBEZAAN DI ANTARA HOME SPA DAN MOBILE SPA

PERBEZAAN DI ANTARA HOME SPA DAN MOBILE SPA

Ramai lagi yang masih keliru apakah perbezaan di antara 'HOME SPA' dan 'MOBILE SPA'. 



Home Spa dan Mobile Spa adalah satu keadaan berbeza iaitu Home Spa ialah memerlukan customer datang ke rumah beautician untuk menmdapatkan rawatan kecantikan manakala Mobile Spa pula ialah memerlukan beautician pergi ke rumah customer untuk memberi  khidmat rawatan.

HOME SPA

Tempat rawatan berkonsepkan 'Home Spa'

Home Spa adalah perkhidmatan rawatan kecantikan yang beroperasi TANPA KEDAI di mana rawatan tersebut dilakukan hanya di rumah beautician sahaja. Beautician tidak perlu menyewa kedai bagi menjalankan perkhidmatan spa seharian. 

Oleh yang demikian, para pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan perlu pergi ke rumah Beautician terbabit. Pelanggan tidak perlu risaukan keadaan tempat rawatan kerana ianya  lebih selesa dan eksklusif. Dan yang paling penting pelanggan tidak perlu menunggu mengikut nombor giliran kerana jadual rawatan telah diatur awal-awal lagi mengikut tarikh temujanji yang dipersetujui.

Disebabkan tidak menyewa kedai inilah, kami di Mamacare Beauty Spa telah menawarkan harga facial yang MAMPU MILIK kerana perkhidmatan kami berkonsepkan HOME SPA.


MOBILE SPA

Beautician ke tempat pelanggan mengikut temujanji

Berlainan pula dengan konsep MOBILE SPA di mana ianya memerlukan beautician pergi ke rumah atau ke tempat-tempat mengikut kehendak pelanggan dengan temujanji yang telah ditetapkan.

Kebiasaanya perkhidmatan MOBILE SPA ini lebih kepada wanita-wanita yang bekerja kerana mereka mempunyai kekangan masa untuk ke spa. Ada juga wanita-wanita yang mempunyai masalah untuk meninggalkan anak-anak mereka untuk dijaga apabila mereka ber 'Me-time' di spa. Jadi, mereka sememangnya memerlukan beautician pergi ke tempat mereka dan ini lebih memberikan keselesaan kepada mereka kerana rawatan dilakukan di rumah mereka sendiri. 

Namun demikian, kos perjalanan beautician untuk ke tempat mereka seperti minyak dan tol akan dikenakan mengikut jarak. Perkara ini akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan semasa membuat temujanji.





Sememangnya perkhidmatan Home Spa dan Mobile Spa mempunyai kelebihan masing-masing namun tujuan masih sama iaitu untuk memudahkan wanita-wanita mendapatkan rawatan perkhidmatan kecantikan.

Sekiranya anda berminat dan ingin mencuba service dari Mamacare Beauty Spa sila hubungi kami di talian untuk temujanji:


Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Pemilik dan Pengusaha Mamacare Beauty Spa
No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: spabeauty_easymoney
Email: liabr_78@yahoo.com.my


Anda boleh melihat testimoni di sini.













0 comments