Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Monday 9 April 2018

BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA






Assalamualaikum dan selamat pagi sayang-sayang Kak Lia semua....

Dah agak dah, mesti korang tunggu-tunggu je kemunculan Kak Lia kan? Eecececeee... gila glamour gitueww... ahakkss.

Bukan apa, dah 4 hari Kak Lia menyepikan diri sebabnya uruskan anak-anak kat rumah. Semua demam diserang virus selesema dengan maknya sekali kena. Nasib baik ada Vitamin C Shaklee, cepat sikit hilang selesema tu.

Ok, kita beralih kepada tujuan asal entri Kak Lia hari ni ok. Korang nampak tak gambar besar gedabak kat atas tu? Soalan yang selalu bermain di fikiran gegirls-gegirls lepasan SPM. 

"APA NAK BUAT LEPAS SPM?"





Mesti adik-adik SPM dok bincang dengan kawan-kawan, "weiii, korang lepas SPM ni kita nak buat apa ek?"

Si A: Aku nak dok rumah je goyang kaki
Si B: Aku nak tolong mak aku jual kat gerai
Si C: Aku nak cari kerja sebab nak kumpul duit 
Si D: Mmmm.. entahlah... apa ek??
Si E: Aku kena jaga mak aku sakit

So, dah tentu macam-macam jawapan yang bermain di fikiran adik-adik kan? Haaa... tujuan entri Kak Lia kali ni nak buka minda korang semua supaya hala tuju lepas SPM tu lebih jelas sementara nak menunggu panggilan untuk masuk Universiti.

Zaman sekarang ni semua memerlukan duit waima nak masuk tandas awam sekali pun kena bayar betul tak? Ayat orang-orang lama "DUIT TAK ADA TAKPE ASALKAN HIDUP BAHAGIA".

Sekarang Kak Lia nak tanya, betul ke hidup boleh bahagia kalau tak ada duit? Bagaimana kebahagiaan akan datang kalau apa yang kita nak semuanya terbatas? Bila kita ada keupayaan MEMBERI secara tidak langsung bahagia itu akan datang.

Ok, kita ambil satu contoh. Bila kita dapat hadiahkan kedua ibubapa kita barang kesukaan mereka, bagi duit belanja setiap bulan atau bawa mereka bercuti di mana-mana yang mereka suka, bukankah kita akan rasa bahagia sebab kita mampu membuat mereka tersenyum dan tunaikan hajat mereka?

Kalau kita dapat belanja adik-beradik kita makan di restoran-restoran yang tak pernah diorang rasa, bukan kah kita akan rasa bahagia?

Kalau kita mampu bersedekah dengan lebih banyak kepada fakir-fakir miskin, bukankah kita akan rasa bahagia?

So, di mana relevannya tak ada duit tak apa asalkan bahagia? Dengan tuntutan kehidupan hari ini memang kita kena keluar dari zon selesa yang membunuh kita secara diam dik ooiiii... hehe..membebel pulak Mak Jemah hari ni.




Walaupun adik-adik baru je lepas SPM, waktu sekarang lah yang paling bagus untuk mula mengorak langkah "MEMBINA MASA HADAPAN DENGAN MISI YANG GAGAH"...(sila nyanyi ikut lirik lagu 1 MALAYSIA ok).. hehe... tahu tak? Kalau tak tahu rajin-rajin le buka TV channel DRAMA SANGAT, selalu je ada lagu ni. Hehehe..

Sekarang ni Kak Lia nak buka minda dan peluang untuk adik-adik mulakan "BISNESS MUDAH" untuk cari duit poket sendiri di musim cuti ni sekurang-kurangnya boleh lah ringankan beban mak ayah bila nak masuk Universiti nanti.

Apa yang dimaksudkan dengan "BISNESS MUDAH" tu? Ok, bisness ni tak memerlukan kedai, pekerja atau pun modal yang tinggi.

Bisness ni ialah "MOBILE SPA" di mana kita bergerak menggunakan produk-produk Shaklee. Mobile Spa ini ialah perkhidmatan spa dari rumah ke rumah. Bisness yang terlalu MUDAH, SIMPLE and FUN!! Selagi ada wanita selagi itulah korang boleh buat duit. Dah tentulah korang sedia maklum kan yang wanita ni memang sukakan kecantikan. Jadi, Kak Lia di bawah team The Walking Beauty (TWB) ingin menawarkan korang untuk buat bisness "SPA SHAKLEE" ni.




Permintaan Mobile Spa terlalu tinggi sebabnya wanita-wanita zaman sekarang ni mahupun yang bekerjaya atau surirumah terlalu mengejar masa dan tidak sempat untuk ke pusat rawatan kecantikan. Jadi, dengan adanya kita yang menawarkan perkhidmatan Mobile Spa ni sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk merasakan perkhidmatan spa seperti di pusat rawatan kecantikan walaupun berada di rumah sendiri.

Modul yang kami tawarkan terlalu mudah untuk diikuti, lepas je training terus boleh cari customer. Semudah ABC, tinggal lagi nak dan tak nak je. Korang tak perlu nak keluar rumah bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 6 petang kat kedai kasut BATA, ataupun kerja shift kat KFC. Sambil-sambil tolong mak basuh pinggan kat dapur pun korang boleh dapatkan customer. Bila ada customer baru lah keluar ke tempat yang dah dipersetujui dengan customer tadi. Ada juga yang customer datang kat rumah kita untuk dapatkan servis spa. Itu lagi senang betul tak? 




Adik-adik ku sayang, dah nampak ke belum jalan dan peluang yang Kak Lia tunjukkan tu? Tak payah pening-pening nak fikir nak cari kerja part time kat mana. Ajak kawan-kawan join "SPA SHAKLEE" di bawah TWB ni haaa... PASTI  BOLEH BUAT DUIT!!!

Jom kita buat Matematik darjah 1. Kalau satu hari dapat customer 2 orang buat facial sahaja harga paling rendah RM60. Sebulan ada 30 hari. 

= RM 60 x 2 orang
= RM 120.00
= RM 120 x 30
= RM 3600.00

Wooww!!! Itu jumlah kalau facial sahaja tau, belum termasuk kalau ada orang nak ambil pakej seri pengantin atau seri wajah. Cara nak pakej kan service ni pun kitorang akan ajar tau. Mudah kan nak buat duit??

Belum graduate pun korang dah boleh bagi duit belanja sikit kat mak ayah. Happy tak?

Dan kalau korang masuk Universiti pun, korang boleh juga offer service spa kat kawan-kawan atau lecturer korang nanti. Hasil duit spa tu boleh lah buat topup belajar takdelah nak harapkan PTPTN semata-mata.

Bila kita ada ilmu buat duit ni kan, korang duduklah kat mana-mana pun boleh buat duit tau. Yang penting USAHA!!

Yang paling istimewa dengan bisness Spa Shaklee ni kan dik, bukan lepasan SPM je tau yang join... cer tengok list kat bawah ni, kami semua terdiri daripada bidang-bidang kerjaya yang professional. Hurmm... bukan calang-calang orang tau!! Maknanya di sini, bisness Spa Shaklee ni ialah bisness magnet duit. Kelasss kau Jah...




Masih ragu-ragu? Cuba tengok gambar kat bawah ni... Ini semua hasil dari service spa ahli beautician TWB tau.






















Seronok kan bila hari-hari boleh buat duit. Jadi, kepada adik-adik lepasan SPM di luar sana jangan malu-malu kucing tau nak contact Kak Lia. Kak Lia sedia membantu korang semua. 

Korang boleh juga klik my story untuk baca kisah awal bagaimana Kak Lia boleh jatuh cinta dengan TWB ni.

Cukuplah setakat ni dulu entri Kak Lia hari ni ok. Nanti kita sambung lagi...



Nak tahu dengan lebih detail, sila hubungi whatsapp/pm/tele Kak Lia di talian:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Pemilik dan Pengusaha Spa Q And Mamacare
No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial

Email: liabr_78@yahoo.com.my





0 comments