Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Monday 1 October 2018

CONFINEMENT LADY VS JAGAAN MAK

CONFINEMENT LADY VS JAGAAN MAK

Assalamualaikum....


Jagaan Mak (Gambar dari  Google)


Kak Lia nak tanya lah kan, mana satu yang anda suka penjagaan selepas bersalin? Samada di jaga oleh Confinement Lady atau jagaan mak? Mungkin ada di antara anda lebih selesa dan suka dijaga oleh mak snediri atau mentua betul tak?

Tapi terfikirkah anda sebenarnya bila kita dijaga oleh mak sebenarnya kita dah menambah beban kepada mak kita sendiri. Hakikatnya mak kita sudah terlalu penat untuk menjaga kita dan anak-anak kita di usia mereka yang semakin tua. Tidak kesian kah kita melihat mak kita terpaksa bersengkang mata menjaga baby kita yang kecil dan ditambah pula ada anak-anak kita yang lain yang masih lagi usia kanak-kanak.

Sememangnya mak kita tidak akan merungut sama sekali atau menolak permintaan kita untuk dijaga oleh mak selepas sahaja bersalin. Tetapi kita sebagai anak yang bertanggungjawab sepatutnya jangan menyusahkan mereka dengan beban kerja yang mereka sendiri pun dah tak larat untuk menguruskannya.

Suka Kak Lia ingatkan kepada anda rumah ibubapa bukanlah confinement place for free dan bantuan mereka menjaga semasa berpantang pun bukanlah khidmat sukarelawan masyarakat. Ada ramai dari kita, hanya menjenguk kampung apabila mahu beranak semata sebab mahukan penjagaan rapi semasa berpantang tanpa perlu mengeluarkan kos penjagaan ribu-ribuan. Astaghfirullah, moga Allah ampunkan kita kalau pernah berniat macam tu.

Lelaki sebagai suami dan menantu, ingatlah sebenarnya tanggungjawab menjaga isteri sepenuhnya atas bahu anda. Ibubapa yang sukarela mahu menjaga anak perempuan mereka semasa berpantang perlu dihargai, diraikan tetapi bukan bermakna tempoh itu anda boleh berlepas diri dan bersenang-lenang membiarkan terus anak isteri anda. Sedangkan di kampung, mak yang uzur tadi terkial-kial mengangkat air panas buat isteri anda mandi dan hampir pitam mengendong anak kecil anda yang meragam dari malam hingga dinihari-setiap hari.
Hal berpantang jangan diambil remeh. Suami isteri perlu duduk berbincang dengan mak ayah tentang segala persediaan dan keperluan yang patut dipersiapkan. 
Mak ayah memang tak pernah berkira dengan anak-anak, sebaliknya anak-anak selalu sangat berkira dengan mak ayah. Walhal memang sudah tanggungjawab kita. Jadi, janganlah asyik ambil kesempatan.
Jangan zalimi ibubapa yang duit bulanan kamu tak pernah beri, tetapi bila tempoh kritikal begini kamu tambahkan pula beban lagi. Jagalah adab kita sebagai anak. Takut mak ayah kecil hati dalam diam, jadi tak redha, kita yang berdosa.
Sekiranya ibubapa berterus terang sudah tidak mampu menjaga, mungkin atas faktor uzur & sebagainya, suami sepatutnya sudah merancang hal isteri berpantang sejak dari awal kandungan lagi. Mungkin suami sudah mula berfikir patut ambil cuti lebih lama selepas isteri bersalin dan mula mencari info tugas yang perlu dilakukan jika mahu berpantang sendiri, atau jika tak boleh cuti lama, boleh mula menabung untuk upah confinement lady serta bayaran daycare untuk anak yang lain sementara isteri berpantang. Sekarang dah moden, semua info ada di hujung jari.

Confinement Lady (Gambar dari  Google)
Sebaiknya, suami dan isteri berbincang untuk melantik Confinement Lady yang bertauliah dan berpengalaman bagi menjaga anda di sepanjang tempoh berpantang selepas bersalin. Ini kerana tugas sebagai Confinement Lady dan pakej yang disediakan semenangnya complete untuk penjagaan ibu dan anak semasa dalam pantang bagi memastikan pemulihan ibu dengan baik dalam proses tersebut.
Tempoh berpantang adalah masa untuk ibu-ibu mengembalikan semula kesihatan dan tenaga yang hilang semasa proses melahirkan. Penjagan dan rawatan yang betul adalah penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dalam jangka masa panjang kerana ibu dan isteri adalah tunggak utama dalam kesejahteraan rumahtangga.
Ibu-ibu bukan sahaja dibantu dari aspek penjagaan diri seperti menyediakan mandian herba, berurut, bertungku, berbengkung, memakai param dan pilis malah turut dibantu dalam aspek pengurusan bayi.
Memandangkan betapa pentingnya penjagaan ibu selepas bersalin ni, Kak Lia yang bernaung di bawah The Walking Beauty menawarkan perkhidmatan Pakej Berpantang dan Bersalin bagi membantu dan memudahkan ibu-ibu menjalani proses ini sebaik mungkin. 
Rawatan di dalam tempoh berpantang ini mengandungi perkhidmatan seperti berikut:

1. Urutan Bersalin - bermanfaat memulihkan otot-otot yang tegang dan memberikan masa kepada ibu-ibu menjalani terapi dalam keadan tenang. Ia juga dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan sakit tulang belikat kerana penyususan bayi.

2. Mandi herba - memberikan kesegaran tubuh badan dan merangsang ketenangan minda dan jiwa di samping dapat menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan.

3. Tapel - sapuan yang dipakai pada perut sebelum bengkung. Ianya membantu mengurangkan rasa sakit-sakit di perut dan memulihkan keadaan luar perut akibat daripada stretch mark/selulit. Membantu proses pembakaran lemak bawah kulit dan mengempiskan perut. Menghangatkan perut, membuang angin dan darah kotor yang berada di dalamnya serta menegangkan perut yang menggeleber.

4. Param - sapuan seluruh badan kecuali payudara dan perut. Ianya membantu pelancaran peredaran darah, mengelakkan angin masuk ke dalam badan, memberikan kehangatan dan kesegaran pada tubuh serta menjaga kecantikan luaran kulit.

5. Pilis - sapuan pada dahi bagi meredakan pening kepala, melancarkan peredaran darah, menyegarkan mata dan memberi keselesaan pada ubun, mengurangkan rasa pitam dan gelap mata atau pandangan kabur (ini kebiasaannya berlaku kepada wanita yang mengalami darah tinggi) serta mengelakkan angin yang boleh menyebabkan tekanan emosi.

6. Bertungku - dapat membantu melancarkan peredaran darah dan memberikan kelegaan serta membantu pengeluaran darah nifas/darah beku dengan lancar serta dapat membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim.

7. Body scrub/Lulur badan - membantu menyingkirkan sel-sel kulit yang telah mati, menghilangkan jerawat pasir di badan serta menghaluskan kulit.

8. Tangas - membantu penyembuhan dan pengecutan rahim serta saluran sulit yang longgar, memulihkan keputihan.

9. Mandi Bayi - memastikan kebersihan bayi dan membantu para ibu yang tiada pengalaman memandikan bayi.

10. Urutan bayi - urutan dan sentuhan lembut pada bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi dan penting untuk stimulasi awal bagi membentuk perhubungan yang rapat dengan si kecil. Ia juga dapat membantu mengelakkan kembung perut dan menguatkan otot-otot bayi.

11. Tungku bayi - mengelakkan bayi daripada kembung perut dan mengelakkan hernia bagi bayi lelaki.
Untuk makluman anda di luar sana, perkhidmatan kami menggunakan gabungan tradisional dan moden. Produk-produk yang digunakan amatlah berkesan dan selamat.

Selain daripada itu, kami juga akan memberi nasihat dan membekalkan set-set vitamin Berpantang dan Bersalin kepada ibu-ibu bagi memastikan ibu-ibu mendapat nutrisi yang cukup dan lengkap. Dengan ini, secara tidak langsung kesihatan dalaman ibu-ibu bertambah baik dengan cepat.

Berikut adalah pakej-pakej yang terdapat di dalam perkhidmatan kami:


 


Selain daripada perkhidmatan Pakej Berpantang dan Bersalin, kami juga menawarkan kursus Berpantang dan Bersalin bagi anda yang ingin mencari bisnes bagi menjana pendapatan yang lumayan setiap hari.

Kami mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman dan telah pun bertahun-tahun berada dalam bidang perbidanan. Gabungan di antara tradisional dan moden membuatkan perkhidmatan kami diminati serta dikehendaki oleh ibu-ibu yang ingin mendapatkan perkhidmatan Pakej Berpantang dan Bersalin.

Berikut adalah gambar-gambar di mana kursus Pakej Berpantang dan Bersalin dijalankan:










Jika anda ingin menempah Pakej Berpantang dan Bersalin atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi Kak Lia terus di:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Your Trusted Seller (ID: 1239953)


Pemilik dan Pengusaha,
Confinement Lady di
Mamacare Beauty Spa

No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial
Email: liabr_78@yahoo.com.my

0 comments