Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Tuesday 9 October 2018

KEISITIMEWAAN VITAMIN C SHAKLEE

KEISTIMEWAAN SUSTAINED RELEASE VITAMIN C SHAKLEE


Assalamualaikum sahabat... haaa.. apa pula entri Kak Lia kali ni ek? Ok, hari ni Kak Lia nak berkongsi tentang Vitamin C Shaklee. Korang mesti suka kan kalau baca tentang Vitamin C ni..hehehe, mana taknya, semua nak cantik betul tak? Ok, jom kita selongkar...

Rata-rata wanita hari ini nak kulit cantik, cerah dan gebu kan...Tak kira lah cantik dari dalaman ataupun luaran. Yang penting cantik di mata orang yang kita sayang. Hikhikhik... Vitamin C boleh buat kulit kita cantik tau.


Vitamin C adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia. Vitamin yang juga dikenali dengan asid arkobik ini merupakan nutrisi penting yang berkhidmat dalam tubuh kita. Vitamin C tidak boleh disimpan oleh tubuh, jadi kita sangat perlu untuk mendapatkan vitamin ini setiap hari.

Badan hanya menggunakan Vitamin C dalam jumlah yang diperluakn setiap hari dan selebihnya akan larut dan keluar melalui air kencing.


Sememangnya bumi ini kaya dengan sumber yang baik untuk tubuh kita. Maka, sia-sialah jika kita mengabaikan kesihatan tubuh badan kita. Jom, kita semak makanan yang tinggi kandungan Vitamin C ini.


Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi Vitamin C dan ada didapati dalam bentuk makanan tambahan seperti serbuk, minuman campuran, tablet, kapsul dan kristal.

Sementara tanaman pada umumnya merupakan sumber vitamin c yang baik, namun jumlahnya bergantung dari asal usul, variasi, keadaan tanah dan iklim daerah di mana tanaman itu tumbuh. Berikut adalah 10 jenis makanan yang banyak mengandungi vitamin c:

1. Guava
2. Lada benggala
3. Kiwi
4. Brokoli
5. Betik
6. Strawberi
7. Oren
8. nanas
9. Tembikai melon
10. Bijirin



Vitamin C adalah vitamin yang paling dikenali berbanding vitamin lain antaranya A, B, D, E, K. Namun begitu, setiap vitamin mempunyai fungsi tersendiri yang penting untuk tubuh badan kita.

Antara kelebihan Vitamin C ialah:

- Membantu menghasilkan kalogen semulajadi tubuh.
- Membantu penyerapan iron dalam badan.
- Mencegah kerosakan sel akibat dari tindakan radikal bebas.
- Mengurangkan risiko kanser dan penyakit kronik yang tertentu.
- Melindungi dari jangkitan batuk dan selesema.
- Meninhkatkan tahap imunisasi.
- Bagus untuk kesihatan kulit dan rambut.


Vitamin C merupakan salah satu jenis vitamin yang larut dalam air. Ianya berperanan sangat penting dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menangkap radikal bebas.

Fungsi lain lagi bagi Vitamin C untuk badan adalah:

1. Mengatasi Flu (jangkitan)

Vitamin C memang tidak secara langsung menyembuhkan orang yang terkena flu. Namun dengan kita mengamalkan Vitamin C, ia akan dapat mempercepatkan penyembuhan dari penyakit flu.

2. Sistem Kekebalan Tubuh

Vitamin C juga menjadi peranan penting dalam menjaga daya tahan tubuh dari serangan virus, bakteria dan radikal bebas.

3. Antioksidan

Vitamin C juga sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh dan jaringan kulit yang rosak akibat radikal bebas.

4. Penyakit Mata

Salah satu penyakit mata yang umum terjadi adalah katarak. Dengan mengamalkan Vitamin C setiap hari, ianya dapat membantu mencegah penyakit karatak.

5. Kesihatan Kulit

Dalam merawat kecantikan, Vitamin C mempunyai peranan penting dalam melancarkan peredaran darah sehingga kulit kelihatan segar. Ia juga merangsang pembentukan kalogen dan menjaganya dari rosak.

6. Kanser

Beberapa penelitian menunjukkan bahawa beberapa wanita yang mengambil Vitamin C makanan seperti buah-buahan atau sayur (bukan supplement) memiliki risiko lebih rendah terkena kanser payudara.

Ok, sekarang jom kita tengok apakah fungsi Vitamin C Shaklee. Kak Lia kupaskan satu persatu yer.

1. Kecantikan Kulit

Mencerahkan kulit, mengurangkan pigmentasi, jerawat, kulit tidak sekata, kulit kering dan kanser.

2. Merangsang Pembentukan Kalogen

Kalogen merupakan sejenis protien yang terdiri daripada asid amino dan bekerjasama dengan keratin untuk menghasilkan kulit dengan kekuatan, kelicinan, keanjalan dan berdaya tahan.

Ia juga merupakan struktur asas dalam pembinaan otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Jika kita kehilangan kalogen, kulit akan nampak berkedut dan otot menjadi lembik seiring dengan pertambahan usia. 

3. Meningkatkan Sistem Imun

Pengambilan Vitamin C secara teratur dapat melindungi badan dari jangkitan seperti selesema dan demam di samping menguatkan gigi dan tulang. Ia juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka, mengurangkan asma, ekzema dan resdung.

Ia juga membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi dengan lebih baik.

4. Mengekal Kolesterol Sihat

Menurunkan kadar tekanan darah yang merupakan punca kepada penyakit darah tinggi.

5. Bersifat Antioksidan

Berfungsi sebagai antioksidan di mana ia dapat menghalang serangan radikal bebas di persekitaran.

6. Merawat Insomnia

Bertindak sebagai anti-stress di mana ianya memperbaiki masalah insomnia akibat daripada stress.


Tanda-tanda kekurangan Vitamin C

1. Gusi mudah berdarah.
2. Mudah lebam.
3. Luka lambat sembuh.
4. Kulit dan rambut kering serta kasar, rambut juga bercabang dan rosak.
5. Hidung berdarah
6. Muka kelihatan kusam dan nampak tua akibat kurang kalogen.


Haaa... ada tak di antara korang yang mempunyai masalah-masalah seperti di atas ni? Kalau ada, korang cepat-cepat kena topup Vitamin C dalam badan tau.

Senang je kalau korang nak pastikan korang cukup tak Vitamin C dalam badan. Ok, tengok gambar kat bawah ni...



Ok, sekarang cuba buat kat tangan sendiri... ada kesan garis putih tak?? Hehehe...

Jom, kita teruskan lagi... Vitamin C Shaklee ni juga berperanan dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon (hormon fungsi imun). Mengikut Doctor Bruce Miller, "the more you stress the more you need Vitamin C". Untuk pengetahuan korang, stress boleh memusnahkan Vitamin c, sistem imun kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.


Terdapat 5 Sebab kenapa Vitamin C Shaklee lebih hebat berbanding jenama lain. 




1. Vitamin C Shaklee diformulasikan dalam bentuk Sustained Released (pelepasan masa).

Kelebihan utama Vitamin C Shaklee adalah ianya diformulasi dalam bentuk Sustained Release di mana kandungan Vitamin C dalam tablet ini dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat iaitu 100mg setiap jam. Sebiji Vitamin C mengandingi 500mg Vitamin C dan ianya dirembeskan seacra perlahan-lahan di dalam badan mengikut keperluan badan kita untuk setiap jam.

Ini bermakna bila kita mengambil Vitamin C Shaklee, badan kita tidak terus menerima 500mg Vitamin C tersebut. Sebaliknya, ia akan dilepaskan sedikit demi sedikit iaitu 100 mg untuk setiap jam.

Ini sangat bagus kerana Vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dilepaskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress atau berhadapan dengan cuaca panas ataupun sebab-sebab lain, jadi ianya terpelihara dan badan akan menerima bekalan vitamin c yang cukup setiap hari.

2. Mengandungi 120mg bioflavonoid dan 25% bioflavonoid ini ekstrak daripada kulit buah yang juga dikenali sebagai Vitamin C complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh badan kita serta bertindak sebagai anti-radang, anti-alergi, anti-virus dan juga anti-kanser.

3. Membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 1/2 biji buah oren berserta kulitnya. 



Namun demikian, Vitamin C Shaklee bukan diperbuat daripada buah limau/oren. Ia diperbuat daripada ekstrak jagung. Jadi, selamat untuk orang yang ada gastrik makan Vitamin C Shaklee ini.
4. Vitamin C Shaklee berbeza dengan vitamin lain di farmasi sebab Vitamin C Shaklee merupakan vitamin semulajadi. Kebanyakan vitamin c di farmasi atau pasaraya luar adalah vitamin sintetik.

Apakah itu semulajadi dan sintetik? Jom kita tengok perbezaannya.

a. Bahan 

Semulajadi: Bahan pembuatan sudah tentunya diekstrak dari tumbuhan atau akar kayu/sumber semulajadi.

Sintetik: Bahan pembuatan adalah berasaskan bahan kimia.

b. Harga 

Semulajadi: Harga selalunya tidak terlalu mahal dan juga tidak terlalu murah kerana sumber yang semulajadi dan berkualiti

Sintetik: Harga selalunya lebih murah kerana bahan asas ialah bahan kimia dan bukan sumber semulajadi.

c. Pek Silica

Semulajadi: Tidak memerlukan pek silica gel dalam botol vitamin kerana tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet.

Sintetik: Mengandungi pek kecil silika gel dalam botol vitamin (yang macam biji  gel dalam kasut tu).

d. Sumber

Semulajadi: Nama sumber adalah ditulis seperti fish pil, soy beans, citrus, alfafa dan sebagainya.

Sintetik: Nama sumber mengandungi '-ate', atau 'ide' seperti acetate, palmitate, thiamine, hydrocholoride dan sebagainya.

e. Penerimaan Badan

Semulajadi: Bahan semulajadi amat mudah diterima dan diserap oleh badan kita juga selamat dan berkesan.

Sintetik: Bahan kimia tidak mudah diterima dan mudahditolak menjadi toksin dalam badan. Bila banyak toksin dalam badan, pelbagai penyakit akan timbul.

f. Proses Penghasilan

Semulajadi: Dihasilkan dari ekstrak bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan Vitamin C semulajadi dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.

Sintetik: Dihasilkan daripada manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin c) mempunyai formula empirik C6H806, jadi gabungan dari molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

g. Kesan Jangka Panjang

Semulajadi: Tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Sintetik: Mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan yang terkandung dalam Vitamin sintetik itu sendiri dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilan.

5. Tiada pewarna, perasa atau pemanis tiruan.  Kebanyakan Vitamin C yang dijual di farmasi mempunyai perasa dan diawet. Namun, tidak bagi vitamin c shaklee kerana ianya langsung tiada pemanis tiruan.


Kak Lia senaraikan sebab kenapa penting untuk kita jadikan Vitamin C ni sebagai rutin harian kita.

1. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C dengan sendiri.

2. Tubuh kita akan kehilangan Vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.

3. Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tekanan (stress).

4. Bagi perokok, kehilangan Vitamin C dalam badan mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg Vitamin C dalam badan.

5. Pengambilan Vitamin C Shaklee secara berterusan mampu memberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan kulit.


1. Perokok dan mereka yang bergaul dengan perokok (vitamin c mudah termusnah oleh pencemaran udara iaitu asap rokok dan orang yang berada di sekelilingnya juga akan terkena tempiasnya.

2. Ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu selepas bersalin. Kenapa? Sebabnya pada tahap ini imun ibu adalah kurang berbanding dengan ketika di luar waktu tersebut.

3. Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan.

4. Kanak-kanak, vitamin c chewable (khas untuk kanak-kanak) terdapat di shaklee dan memang sedap.

5. Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolestrol tinggi dan darah tinggi.

6. Orang yang mudah selesema dan demam, pengambilan vitamin c penting untuk peningkatan imun badan.

7. Pesakit anemia (kurang darah)

8. Orang yang ingin kulit gebu, anjal dan awet muda.

9. Orang yang nak kurus.

10. Orang yang nak improve sexual health

11. Orang yang selalu stress dan moody.


Jom kita lihat testimoni-testimoni yang telah mengamalkan Vitamin C Shaklee.


 








 













 




Jika korang teringin nak rasa keberkesanan makan vitamin c shaklee  ni, atau pun nak beli ataupun ada sebarang pertanyaan boleh hubungi Kak Lia terus di:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Your Trusted Seller (ID: 1239953)

Pemilik dan Pengusaha,
Confinement Lady di
Mamacare Beauty Spa

No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial
Email: liabr_78@yahoo.com.my

0 comments