Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Monday 15 October 2018

10 SEBAB ANDA PERLU MEMILIH PAKEJ BERPANTANG TWB

10 SEBAB ANDA PERLU MEMILIH PAKEJ BERPANTANG TWB


Sepertimana yang anda sedia maklum, permintaan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin pada hari ini amatlah tinggi sehinggakan para Confinement Lady (CL) tak menang tangan untuk memenuhi permintaan ibu-ibu setiap hari. 

Suami isteri yang dalam persediaan menyambut kelahiran anak masing-masing haruslah bijak membuat keputusan dan pemilihan siapakah yang bakal menjaga ibu-ibu semasa di dalam proses berpantang. Sebolehnya elakkan lah dari meminta bantuan mak ayah kita sendiri sebabnya permintaan kita itu sebenarnya akan membebankan mereka. Ditambah lagi mak ayah kita dah berumur dan uzur, tak kesian kah kita melihat mereka bertungkus lumus menjaga kita dan anak-anak kita yang lain semasa kita dalam proses berpantang?

Secara tidak langsung, kita telah membuat penganiayaan secara halus terhadap mak ayah kita sendiri tanpa kita sedar. Ini cukup bahaya kerana dibimbangi kita akan melukai hati mereka secara diam.

Jadi, jalan terbaik untuk semua pihak ialah suami isteri haruslah mengupah CL bagi menjaga isteri masing-masing dalam menjalani proses pemulihan semasa tempoh berpantang.

Ok, berbalik kepada perkhidmatan Confinement Lady (CL) ni, sebenarnya terdapat banyak jenis dan pakej serta agensi yang menawarkan perkhidmatan ini. Namun demikian, Pakej Berpantang Dan Bersalin di bawah naungan The Walking Beauty Project (TWB) menjadi pilihan ramai dan kebanyakan ibu-ibu pada hari ini.

Haaaa.... mesti anda tertanya kan kenapa Kak Lia boleh cakap macam tu?? Kak Lia juga adalah salah seorang di antara beautician dan CL TWB di mana Kak Lia mempunyai spa sendiri iaitu MamaCare Beauty Spa yang menyediakan perkhidmatan spa dan Pakej Berpantang & Bersalin.

Ada 10 sebab kenapa anda wajib memilih perkhidmatan Pakej Berpantang Dan Bersalin TWB. 

Jom kita cungkil apakah sebabnya tu, hehehe...

1. Sebab yang paling penting ialah PRODUK yang kami gunakan ialah menggunakan produk Shaklee di mana produk ini terlalu berkesan dan selamat digunakan .






2. Skill perkhidmatan dan teknik-teknik urutan yang ada pada ahli CL TWB amat berbeza dengan CL yang lain sebabnya kami diajar oleh tenaga pengajar yang sangat berpengalaman dan telah pun lebih 10 tahun dalam bidang perbidanan.

3. Campuran herba-herba yang digunakan untuk bertungku, tangas dan sauna adalah menggabungkan herba moden dan tradisional.

4. Pembuatan pilis, param dan tapel adalah hasil buatan sendiri di mana ianya tiada dijual di mana-mana kedai dan terdapat beberapa campuran bahan yang menggabungkan herba moden dan tradisional yang menjadikan hasilnya tersangatlah hebat dan best digunakan. Ianya dapat memberikan kelegaan dan keselesaan kepada si ibu-ibu yang telah menggunakannya.

5. Teknik bertungku yang sangat selesa kepada si ibu bagi membuang darah beku dengan lancar.

6. Cara penggunaan bengkung yang sangat memuaskan dan selesa memudahkan si ibu untuk bergerak.

7. Teknik urutan dan tuaman untuk menghasilkan susu ibu bagi ibu-ibu yang tidak keluar susu ataupun mengalami bengkak susu.

8. Ibu-ibu yang berpantang akan dinasihatkan dan dibekalkan dengan Set Berpantang/Menyusu Shaklee yang mana ianya dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan secara dalaman. Set Berpantang Shaklee juga membantu memeriahkan lagi serta memekatkan susu ibu serta menstabilkan hormon si ibu. Set lengkap Berpantang/Menyusu Shaklee ialah ESP, Vita-Lea, Vitamin C, B-Complex dan Omega Guard.

9. Jadual rawatan yang disediakan oleh CL TWB amatlah mudah dan mengikut kehendak serta keselesaan si ibu.

10. Rawatan kepada bayi juga tidak ketinggalan di mana bayi akan dimandikan, dituam dan dibuat urutan setiap hari mengikut pakej yang diambil bagi membantu proses pembesaran bayi dengan baik sepanjang ibu dalam tempoh berpantang.

Banyak lagi kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam Rawatan Pakej Berpantang dan Bersalin The Walking Beauty.

Oleh yang demikian, Kak Lia syorkan kepada anda supaya membuat persediaan awal bagi persiapan menjalani tempoh berpantang di rumah dengan teratur dan selesa dengan melantik CL yang berpengalaman serta yang pastinya menggunakan produk yang terbaik bagi memastikan anda cepat sihat dan pulih seperti sediakala selepas berpantang.

Untuk mengetahui Pakej-pakej yang disediakan oleh kami boleh hubungi Kak Lia di talian seperti berikut:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman

Your Trusted Seller (ID: 1239953)

Pemilik dan Pengusaha &
Confinement Lady di
MamaCare Beauty Spa

No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: spabeauty_kecantikan_abadi
Email: liabr_78@yahoo.com.my







0 comments