Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Wednesday 21 November 2018

KISAH KEJAYAAN AHLI SPA BERGERAK THE WALKING BEAUTY (TWB)

KISAH KEJAYAAN AHLI SPA BERGERAK THE WALKING BEAUTY (TWB)


Hari ni Kak Lia nak share kan kisah kejayaan ahli TWB, Aina Syahira yang berjaya dapat balik modal hanya dalam masa 12 hari sahaja!!. Beliau baru je join bisnes spa bergerak The Walking Beauty 3 bulan lepas iaitu pertengan bulan September 2018. Masa beliau join harga Kursus Spa Bergerak TWB adalah RM1,999.

Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau sendiri:

Saya merupakan ahli TWB yang baru join tengah bulan September yang lepas. Umur 25 tahun, tetapi memikul tanggungjawab yang sangattttt besar & komitment yang sangat tinggi.

Saya dilahirkan di dalam keluarga sederhana di mana ayah saya tidak ada pendapatan tetap. Kalau ada untung, ada lah hasil. Kalau tak da, tak da la. Ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa.

Memang sejak kecil saya suka berniaga sebab saya suka “instant cash”. Tapi bukan skim cepat kaya ya. No no no! Prinsip ibubapa saya, you want it, you go and get it. Jealous jugak tengok budak budak lain baya saya bila tunjuk je dapat, tapi kalau saya nak something, mesti kena usaha sendiri, sampai sekarang

Jadi masa saya darjah 1, saya beli sticker digimon pelbagai saiz dalam 1 A4 tu. Harga RM 1. Sticker size kecil saya jual dengan harga 10 sen, sederhana 20 sen, paling besar 50 sen. Jadi dalam 1 A4 tu ada dalam RM3-4 saya dapat. Masa umur tu duit RM2 dah kira kaya 😂

Sticker Digimon

Darjah 2 pula saya jual rubber band untuk ikat rambut. Beli sepeket besar RM1, jual 5 getah 10sen. Ada la untung sikit untuk saya beli keropok lekor masa fardhu ain.



Rubber band

Nak katanya, sejak kecil kalau saya nak apa-apa memang kena usaha sendiri. Bukan senang2 boleh minta pada ayah saya. Kalau tak buat, tak dapat. Sama macam apa yang kita buat sekarang. Kalau xbuat TWB ni, sampai sekarang saya tak merasa bebas sambil berwang. Alhamdulillah

Macam2 yg saya jual masa sekolah rendah, menengah, universiti sampai sekarang. Nasi lemak, rojak buah, keropok, anti radiation sticker, planner, telefon, air minuman, food packs, memang macam2. Macam astro dah, macam2 ada

Tapi tak ada yang kekal sbb benda bermusim. Contoh saya masa air Overdose viral dulu, jual overdose, untung. Tapi bila musim dah takda, 1 air sehari pun susah jual. Last2 air basi mcm tu je. Stock yang ada pun terpaksa di lelong sbb takda market.

Planner pun sama. Jual planner boleh guna untuk tahun tu je. Nak jual planner yang sama untuk tahun depan dah tak laku.

So 2 tahun lepas saya berniaga foodpacks untuk tampung kos yuran kursus Master di UNIMAS yang saya nak ambil. Saya memang kena usaha sendiri.

Foodpacks


Waktu tu, nak kena hantar foodpacks ke office/rumah customer. Masa tu penat dia ya ampunnnn!

Bangun before subuh dah kena masak, lepas masak kena pack, lepas pack kena hantar, lepas hantar beli pulak barang untuk masak esok, balik rumah dah kena sediakan barang2 untuk masak esok pagi, tido lewat, bangun awal dan repeat cycle yang sama setiap hari

Nak pengsan. Tapi macam saya cakap, tak buat, tak dapat. Kerja penat2 tapi hasil biasa2 je

Saya terlalu sibuk kejar duit walaupun hasil tak banyak sampaikan ayah saya kecil hati sebab dia rasa saya dah takda masa dengan dia.

Ohh.. just for info, saya memang sangattt rapat dengan ayah saya. Sangat rapat.

Okay, sini la bermulanya journey saya....

Kita dah tau kan yang TWB wujud sejak 2015, makna nya sejak 2015 la saya dengar pasal TWB. Tapi benda asing, jadi saya ignore.

Bila sepupu saya recommend untuk join TWB (masa tu tak silap RM99 je), pun saya ignore dengan alasan banyak commitment dan tak ada modal (Degil, keras kepala).

Betul orang kata, kalau hati tak berkehendak, cakap la apa pun, semua kita rasa tak boleh. Masa tu saya bukan tak yakin dengan bisnes mobile spa TWB, bukan saya tak percaya dengan sepupu saya, tapi saya tak yakin dengan diri saya sendiri!

Saya jenis suka berniaga, suka instant cash tapi jenis berat mulut. Sebab takut orang judge...

“Eh, boleh ke aku nak berniaga”

“Ada tak org nak beli”

“Nanti pos sana sini orang annoyed”

“Nanti orang ingat aku desperate nak duit”

Macam2 dalam kepala pada masa tu. Semua jadi alasan. Tak ada masa lah, tak boleh commit lah, tak ada duit lah. Ada je circle of negativity nak halang diri ni dari jadi maju. Mesti yang join kelas sekarang ni pun rasa apa yang saya rasa kan? Alasan. Alasan. Alasan. Masa tu ingat nak tukar je nama dari Aina jadi Aina-san sebab banyak sangat alasan

Nak dijadikan cerita, Februari awal tahun ni, ayah saya yang merupakan seorang yang aktif berbasikal ditakdirkan jatuh sakit. 😔 Secara tiba2 okay. Hari ni aktif berbasikal, driving sana sini, esok nya masuk ICU, sampai ke hari ni tak boleh berjalan. Siap ada kad OKU dan bedridden.

Duduk tak boleh, suap diri sendiri makan pun xboleh. Nak kemana2 pun saya dan ibu yang kena angkat dia (dulu berat dia 100++kg)

Income ayah saya totally dah tak ada. Dah la berhutang sebab kena tipu orang. Pada masa tu saya memegang banyak status.

1. Anak kepada ayah yang sakit
2. Pengurus kewangan keluarga
3. Master student
4. Pengurus rumah
5. Kerja

Nak jaga 2 benda dalam 1 masa pun dah susah. Inikan banyak benda dalam 1 masa. Mana nak siapkan thesis Master lagi, mana nak kerja, mana nak jaga ayah saya yang sakit, mana jugak masa nak kemas rumah etc. Saya jadi pening, buntu. Saya nangis sampai dah tak ada air mata dah.

Saya tau saya mesti buat sesuatu atau kerja untuk survive diri, survive family. Saya ada 4 syarat/kriteria untuk saya bekerja:

1. Kerja mesti flexible sebab saya akan ada banyak off day untuk bawa ayah saya follow up di hospital. Kadang2 seminggu sampai 3 hari untuk ke hospital

2. Income mesti at least 2k ke atas dan ianya jadi main income keluarga sekarang

3. Ada masa untuk saya uruskan tentang pengajian & siapkan thesis saya

4. Ada masa untuk sendiri dan keluarga di rumah

Kalau ikut logik, ada ke orang nak hire orang dan diberikan kelonggaran2 di atas? Mana mau nya. Rugilah company. Baik upah pekerja harian.

Bila fikir punya fikir, saya mesti keluar dari circle ni. Saya mesti ikhtiar something yang senang, simple, banyak masa tapi dapat duit. Jadi saya terfikir nak join TWB (Dah susah baru nak carik sumber).

Mula2 saya berfikir-fikir sendiri je. Nak fikir duit masa tu memang tak ada, ada pun untuk emergency. Ye la, ayah saya masih kat ICU, saya sekeluarga tidur dekat walkway di Hospital Kerajaan. Sedih, duit cukup makan je.

Nak prepare in case emergency perlu duit utk family/ bayaran ayah saya lagi. Jadi saya usulkan pada ibu saya. Ibu saya izinkan join TWB, tapi masalah yang sama. Mana nak carik modal dengan keadaan belanja keluarga yang besar pada ketika itu disebabkan ayah saya yang sakit. Keluar masuk hospital.

Saya mintak restu ibubapa saya, izin tunang saya, dan solat istikharah berulang2 kali. Makin hari makin kuat instinct saya nak join TWB tapi masih tak yakin pada diri dan potensi diri saya sendiri.

Antara alasan diri saya pada masa itu adalah 3 orang sepupu saya merupakan member TWB. Salah seorang tinggal di area yang sama dengan saya. Saya takut berebut customer (Sangat bersangka-sangka walhal Allah dah tetapkan rezeki masing-masing)

Btw sekarang ni insyaAllah dah 10 orang sepupu saya join TWB, hihi. Penangan bukti balik modal depan mata, masing2 nak senangkan diri dan tak nak menyusahkan parents (most of them are students)

Second, saya kira demand di Sarawak tak akan sehebat di semenanjung kerana keadaan di Sarawak tidaklah sesibuk di semenanjung. So saya fikir, peluang akan kurang.

Ketiga, ada a few mobile spa yang dah lama bermula dan juga terkenal di kawasan saya. So competition mesti tinggi dengan demand yang tak seberapa. Bila fikir2 balik saya terus down. Nampak mcm tak ada harapan. Negative sangat masa tu. Dikaburi rasa sangsi

Malam tu saya reflect diri. Kalau fikir logic, circle semua orang tak sama. Sepupu saya, buat mobile spa under TWB, circle orang yang beliau kenal dan rapat tidak sama dengan circle saya.

Jika dibandingkan dengan adik saya sendiri pun, circle beliau tidak sama dengan circle saya. Dalam bahasa mudah, semua orang ada rezeki masing2 tak kira jauh atau dekat. Jadi saya lebih yakin.

Keesokkan harinya, saya hubungi sepupu saya yang dah join TWB since day 1 untuk bertanya. Niat nya untuk bertanya je. Tak terfikir pun akan join. Tapi bila dah masuk preview yang ke brapa kali ntah, saya jadi excited. “I MUST DO THIS, by hook or by crook”

Bukan untuk orang lain. Saya tau ini je keputusan yang saya boleh ambil untuk senangkan diri dan keluarga.

Kalau nak cerita pasal modal, kalau ikut logic, saya tak pernah dapat pegang duit walaupun RM1000 dalam tangan.

Dapat duit, terus habis ke ubat-ubatan ayah saya. Dapat gaji, terus bayar itu ini. Jangan kata RM1000, RM300 pun susah nak ada on hand.

Tapi bak kata pepatah, there’s a will, there’s a way. Bila kita nakkan sesuatu sangat2, by hook or by crook, kita akan dapatkan nya, betul?

Macam kahwin. Kalau belah perempuan tetapkan RM10 ribu untuk hantaran, si bakal suami pulun kerja setahun ikat perut, buat part time etc untuk dapatkan duit hantaran. Macam tu jugak untuk TWB. Sebab apa yang dilaburkan tu akan balik pada kita in no time.


Modal adalah kekangan utama saya ketika hendak bermula. SAYA SANGAT SUSAH HATI TENTANG MODAL...!!!!

Dengan komitment di rumah, ayah yang sakit, ubat-ubatan dan hospital, duit makan, duit untuk adik di Universiti dan duit untuk saya sendiri yang sedang belajar+bekerja.

Sampaikan saya rasa kadang-kadang saya memegang terlalu banyak tanggungjawab. 

Hanya Allah yang tahu.

Disebabkan saya yakin dengan sistem dan support TWB, saya korbankan duit kecemasan dan kahwin yang saya kumpul selama ni sebagai modal sebab it’s proven dalam masa sebulan dua akan balik modal.

Itu pun bukan senang saya nak guna duit kahwin tu atas beberapa sebab. Bukan saya boleh ambik macam tu je. Tak! Duit tu je yang tinggal utk sara family kecik saya ni.

Income ayah saya totally dah tak ada. Dah la berhutang sebab kena tipu orang. Pada masa tu saya memegang banyak status.

1. Anak kepada ayah yang sakit
2. Pengurus kewangan keluarga
3. Master student
4. Pengurus rumah
5. Kerja

Ada 3 sifat yang buat saya kuat. Saya tamak, saya tak sabar dan saya suka instant cash. Sebab saya tamak opportunity ni la saya sign up untuk mobile spa under TWB sebab senang2 boleh buat INSTANT CASH! Jadi pada 28hb September yang lepas, saya launch spa saya.

Alhamdulillah sekarang apa yang saya dapat lebih 2x ganda dari modal yang saya laburkan dulu. Satu perkara mengenai saya adalah saya tak suka hutang. Bila tengok ayah saya tiba2 sakit dan tinggalkan hutang pada keluarga, saya jadi takut akan jadi macam tu. Bila mana saya rasa saya tengah berhutang dengan tabung kahwin saya, saya cepat2 usahakan untuk dapatkan RM1999 balik.

Hari pertama saya dapat RM109. Bila kita ada sistem yang kuat dan elok, kita tak perlu promo beria. Customer yang merasa servis kita bagus yang akan automatically spread the news around.

Maximum sehari saya ada 4 customer. Tu pun saya buat lepas waktu bekerja dan hujung minggu sahaja.

Sekarang saya kerja dengan masa yang flexible, income insyaAllah atas 3k sebulan dan ada masa untuk saya sendiri dan rumah.

Saya boleh take turn dengan ibu saya untuk jaga ayah saya, saya boleh masak hari2 untuk parents saya (benda yang saya xboleh nak commit masa kerja dulu), saya boleh pergi shopping masa orang lain kerja (banyak parking, jalan pun xjem).

Saya balik modal dalam masa 12 hari tu secara part time tau. Masa tu saya masih kerja makan gaji 8pagi ke 5petang

Lepas office hour dan hujung minggu je 12 hari dapat modal balik. Penangan sistem TWB ni lain macammm

Tapi sekarang saya dah berhenti kerja sebab income saya buat mobile spa ni lagi masyuk dari saya kerja dengan orang dan terikat dengan masa.

Skrg saya bebas nak cuti mana2 hari, bebas nak jaga ayah saya bila2 saya suka tapi masih dapat duit hehe. Kawan2 pun nampak saya makin happy dan enjoy dengan apa yang saya buat sekarang ni

Banyak kali customer saya yang nak ambik basic package yang harga puluh2 je, tengah2 facial bila dia rasa sedap kita layan dia bagai permaisuri dengan cara TWB ajar, dia terus upgrade ke pakej dekat nak 100.

4 hari je dapat dekat nak seribu. Alhamdulillaaahhh...

Dan sekarang saya masih terkejut saya dah balik modal dan ianya hanya dalam masa 12 hari!


Ya! Saya baru je balik modal Isnin bulan lepas, 8 October 2018.

Syukur alhamdulillah.

====> Setakat itu sahaja perkongsian dari Aina Syahira, ahli baru The Walking Beauty. Memang seronok bila dengar perkongsian daripada beliau. Sangat terinspirasi.

Kepada anda di luar sana yang masih berkira-kira untuk join bisnes spa bergerak The Walking Beauty tersangatlah rugi sekiranya anda bertangguh!! Sebabnya kami menyediakan 6 Penjuru Income di mana ianya tersangatlah mudah untuk anda buat duit hari-hari.

Untuk tau apakah kelebihan-kelebihan yang ada pada bisnes spa bergerak The Walking Beauty boleh klik link ini.

Untuk baca lebih lagi tentang testimoni-testimoni yang telah berjaya buat duit hari-hari dengan bisnes spa bergerak TWB boleh klik testimoni untuk detail.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, atau teringin nak join bisnes spa bergerak TWB boleh terus hubungi Kak Lia di talian:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Your Trusted Seller (ID: 1239953)

Pemilik, Trainer, Beautician &
Confinement Lady di
MamaCare Beauty Spa
No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: spacantik_easymoney
Email: liabr_78@yahoo.com.my






0 comments