Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Tuesday 14 March 2017

Akhirnya berjaya hasilkan Blog ini....


Assalamualaikum sahabat...

Akhirnya!!! berjaya gak Kak Lia create blog yang memang dah lama  tertangguh nak buat. Maklumlah, Kak Lia ni rabun sikit pasal blog2 ni. Lagipun kekangan masa sebagai ibu kepada 5 cahayamata ni memang terlalu ketat.

Mana taknya, siang kerja malam plak sibuk ngan aktiviti rumah dan anak2. Hujung minggu mcm2 lah nk urus, masa cuti yg ciput tu lah nak buat semuanya. Memang dah mcm 'supermom'. Semua benda buat dalam terkejar, boleh imagine tak camne buat kerja sambil berlari. Hehehe...

Kak Lia nak kenalkan ni anak Kak Lia yang ke-4. Noor Syamimi Adriana namanya, secomel tuannya kan? terperasan la plak..hikhik...gambar ni 5 tahun lepas, dh lama dah ni. Dlm famili kitorang dia dipanggil acu sbb sepatutnya dah bongsu tapi alhamdulillah, Allah bagi rezeki lagi kt Kak Lia dapat bongsu lagi sorang bln 11 tahun lepas (2016). Maknanya si acu ni bongsu tak jadi ler..Tapi, walaupun bongsu tak jadi tetap gak kena panggil acu cuma yang baby baru ni tak tau lagi nak panggil gelaran apa. Nak panggil baby tak boleh sbb si acu ni marah. Mungkin dia rasa haknya sebagai anak bongsu dirampas agaknya. Terpaksalah panggil 'adik' kat baby baru.

Oklah dulu setakat ni yer, nanti kita citer2 lagi. Zaman sekarang ni, nak bercerita tak perlu lepak kedai mamak...kat depan komputer pun jadi. hahaha..


0 comments