Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Sunday 26 March 2017

HILANGKAN STRESS DENGAN B-COMPLEX


APAKAH ITU B-COMPLEX ??



Mungkin ramai di antara anda belum tahu apa itu B-Complex. Entri kali ni Kak Lia nak kupaskan tentang B-Complex. B-Complex ni ialah supplement yang mengandungi semua lapan jenis vitamin B iaitu B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (panthotenic asid), B6 (pyridoxine), B7 (biotin), B9 (asid folic) dan B12 (cobalamine). Vitamin B juga boleh didapati secara semulajadi dari makanan tetapi persoalannya adakah makanan yang kita ambil tu mencukupi? Dah tentulah jawapannya TIDAK kan? Jadi, penting untuk kita cari alternatif bagaimana untuk mencukupkan vitamin tersebut dalam badan.

Jom Kak Lia bawa anda mengkaji apakah  Fungsi Setiap Vitamin B Complex Kepada Tubuh:



  • B1 (thiamine) boleh membantu mencegah penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes tahap 2 dan mengurangkan risiko katarak.
  • B2 (riboflavin) boleh mencegah migrain.
  • B3 (niasin) boleh menurunkan paras kolesterol.
  • B6 boleh melindungi daripada risiko penyakit jantung, melegakan gejala-gejala PMS dan mengurangkan loya ketika hamil.
  • B9 (folat atau acid folic) boleh membantu mencegah kanser payudara, kanser kolorektal, kanser pankreas, dan juga risiko penurunan kecacatan kelahiran apabila diambil oleh wanita hamil.
  • B12 boleh mengurangkan risiko kanser pangkal rahim dan mengurangkan paras homocysteine (asid amino) dianggap sebagai penyumbang kepada penyakit jantung apabila ia berada pada paras yang tinggi.













  • Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B Complex? Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:
    • 1. Lemah sistem saraf.
    • 2. Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung.
    • 3. Pembentukan sel abnormal.
    • 4. Mengakibatkan anemia.
    • 5. Masalah depresi (tekanan perasaan).
    • 6. Kehilangan daya memori.
    • 7. Cepat letih.
    • 8. Sesak nafas.
    • 9. Insomnia.
    • 10. Kurang fokus dan konsentrasi.
    • 11. Mudah tersinggung.







    Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk kanak-kanak?
    • 1. Merangsang pertumbuhan.
    • 2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
    • 3. Memberikan tambahan tenaga.

    Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk orang dewasa?
    • 1. Menambah tenaga.
    • 2. Mengurangkan stress.
    • 3. Melambatkan proses uban di rambut.
    • 4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

    Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk ibu mengandung?
    • 1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
    • 2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
    • 3. Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin



    Yang Paling special betul ke B-Complex ni boleh hilangkan stress? 



    Jom kita tengok jawapannya:


    Vitamin B-12 dan vitamin B yang lain memainkan peranan dalam menghasilkan bahan kimia dalam otak yang akan memberi kesan kepada Mood dan beberapa fungsi otak yang lain. Sekiranya tahap B-12 dan vitamin B yang lain (seperti B-6 dan folate) rendah ia akan mengakibatkan depression ‘tekanan perasaan’. Kesan buruk kekurangan vitamin itu juga akan membawa kepada tiada selera makan atau kegagalan untuk tubuh menyerap vitamin yang dimakan.
    Berdasarkan Kongress Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG), kajian menunjukkan pengambilan vitamin B6 bukan sahaja selamat, malah sangat berkesan untuk mengurangkan kesan 'morning sickness' seperti loya, mual dan muntah. Dan bagi ibu-ibu yang dalam pantang pun bagus juga amalkan B-Complex ni bagi mengelakkan 'meroyan'.
    Bukan Kak Lia saja nak rekeman B complex Shaklee tp dh ramai sgt testimoni yg berjaya atasi masalah mcm ni tau.. Jom Kak Lia belanja testimoni sikit:






    Macamana pembaca2 sekalian? Anda dah clear ke tentang B-Complex ni? Memang banyak fungsi dan khasiatnya. Boleh hubungi Kak Lia sekiranya anda inginkan info lanjut atau untuk order ok. Kedai Kak Lia sentiasa open untuk anda semua.




    0 comments