Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Sunday 26 March 2017

Cuti cuti Malaysia

Assalamualaikum dunia...


Hari ni Kak Lia nak update entri pasal cuti2 Malaysia. Hehehe...biasalah bila time cuti sekolah barulah boleh gi jenjalan rehatkan minda kan? Cuti sekolah kali ni, Kak Lia tak pergi jauh pun gi Genting jer. Sebenarnya planning nak gi Goldcourse Morib tapi tak jadi.

Banyak kali dah Kak Lia gi Genting ni, masa bujang 3x, kahwin 1x, ada anak 2 orang 1x, anak masuk 3 orang 1x dan baru jer masuk 5 orang ni 1x. Memang best kat sana lagi2 game outdoor, macam2 ada cuma readykan duit jer lah...huhuhu. Tapi malangnya, masa Kak Lia gi ni outdoor masih lagi tengah renovate. Jadi xde apa2 pun nak main, main indoor game jerlah tapi apalah sgt kalau indoor game.

Kak Lia menginap kat First World Hotel, ala...yang colourful punya hotel tu...mmg cantik dan canggih ler...nak check in atau check out semua layan diri. Kak Lia booking online awal2 senang lah...Takyah gi kaunter, ambik kunci hotel pun melalui mesin2 layan diri yang dah disediakan di lobi hotel.  




Ni lah First Worl Hotel, cantikkan? Dengan pemandangan yang mengasyikkan, angin sejuk dingin, awan pun lalu kt tingkap macam tu jer...pergghh!!  cantik giler..


Dah penat bawak keta jauh perjalanan, tuan AZ pun dah sakit pinggang tu..berhenti rehat ambik angin jap..hehe



Eh..eh..termenung plak dia yer...menikmati keindahan alam katanya...




Ok, kita sambung balik perjalanan kita yer...haaa, dah nampak dah signboard jalan nak naik ke First World Hotel tu.



Dah sampai kat hotel, kita bergambar dulu ok. Memang cantik giler view dia, dengan cahaya matahari waktu pagi tu..Herrmmm, segarnya rasa minda.







Masing2 dah berterabur dah tu ha..pandai2 lah nak oiii....masing2 dah penat nak rehat dalam bilik cepat2.


Yang si angah ni x abih2 nak posing je kerjanya.



Ni gambar pemandangan dari bilik Kak Lia





Muka masing2 x puas hati sebab outdoor game takde. Nak wat camne sayang2 mama..hehehe




Ini jer la yang boleh naik pun...huhuhu



Acik posing kat taman bunga




Ayong masih lagi dalam mood swing...hehehe



Esoknya dah check out...ke next destination plak...seminggu cuti sekolah ni penuh dengan aktiviti menceriakan anak2.


Good bye Genting, nanti kitorang datang lagi lepas outdoor game siap ok. Barulah best dan syok...

Kesimpulannya, kalau nak gi bercuti kena surveylah dulu best ke tak best..hehee..Kak Lia ingatkan outdoor game dia tu dah siap, mcm2 dalam kepala ni nak main ngan anak2. Sekali dah sampai..huhuhu..frust lak takde apa pun...tapi, takpe sebab banyak lagi destinasi yang nak dituju ni. Nanti mama tebus balik ok sayang2 mama..cukuplah dulu untuk kali ni yer, ada masa Kak Lia update lagi pasal percutian famili.











0 comments