Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Sunday 13 May 2018

KERJAYA BERSAMA TWB

KERJAYA BERSAMA TWB



Assalamualaikum sayang-sayang semua....

Masih tercari-cari kerja kosong ke? Ataupun dah ada kerja tapi inginkan side income yang dapat bantu kewangan keluarga?

Hari ni Kak Lia nak kongsikan sesuatu yang amat berharga dengan korang semua. "Mudahnya sedut duit dengan Kerjaya Spa TWB".

Sharing is Caring kan.... hehehe

Kak Lia perhatikan ramai sangat graduan-graduan universiti menganggur lepas habis belajar. Ada juga yang kerja bertahun-tahun tapi dibuang kerja kerana kegawatan ekonomi. Daaannn... ada juga yang sedang bekerja tapi kewangannya tenat, terpaksa buat 2, 3 kerja dalam satu masa yang sama. Tuntutan kehidupan hari ni amat menyedihkan dek himpitan kewangan.

Sampai hari ni Kak Lia tak pernah kongsikan dengan korang tentang macam-macam bisness yang Kak Lia pernah buat sebelum ni. Bermacam suka duka yang Kak Lia terpaksa tempuhi semasa buat bisness sambilan.

Kak Lia bekerja sebagai seorang Jurutera di sebuah Consultant Civil & Engineering dan suami pulak berkhidmat di Jabatan Hospital Kerajaan. Kalau difikirkan suami isteri bekerja tapi kenapa masih buat bisness??

Satu benda yang semua orang kena hadapi bila bekerja tak kisah lah swasta ke government ke... awal bulan masuk gaji, lepas bayar semua komitmen hanya tinggal berapa je duit nak makan bulan tu dan terpaksalah tunggu next gaji pulak. Betul tak?

Tapi dengan berbisness ni, hari-hari ada rezeki masuk, hari-hari dapat duit... yang penting usaha keras kita. Kalau kita usaha sambil merangkak duit pun masuk merangkak lah. Tapi kalau kita berusaha macam pelari pecut negara, duit pun berlari-lari jugak masuk poket.


Ok, berbalik kepada cerita Kak Lia tadi... Sebelum ni Kak Lia dah buat macam-macam bissness di antaranya jadi dropship produk kosmetik, masuk MLM (kena tipu - berpuluh ribu ringgit lesap), hadiri kursus kanak-kanak (kononnya nak buka tadika), jual pakaian di tapak bazar ramadhan dan downtown, hadiri kursus jahit langsir (kononnya nak ambil tempahan langsir), jadi dropship perfume dan yang paling memenatkan buka gerai makan tepi jalan (Kak Lia masak pukul 4 pagi dan upah pekerja untuk jaga gerai, pukul 8.30pagi pergi office). Bisness yang paling last Kak Lia buat ialah buka kedai runcit. Berpuluh ribu jugak lah habis tapi terkubur macam tu jugaklah sebab tak mendapat sambutan. Mungkin tempat kedai tu tak strategik.

Ini hanya beberapa bisness yang Kak Lia ingat, kalau nak betul-betul senaraikan kena ambik masa ingat satu persatu balik. Hehehe... banyakkan? Tapi malangnya semua bisness yang Kak Lia buat tidak mendatangkan hasil yang lumayan dan ada yang gagal. Ternyata panahan dan planning bisness Kak Lia tidak mengena pada sasaran. Macam gambar kat bawah ni, memanah tapi pejam mata. Planning ke laut dan ilmu bisness pun kurang, membuatkan Kak Lia rasa tersangatlah down. Duit simpanan yang bertahun bekerja tu habis sebab labur dalam bisness terlalu banyak.


Tapi, Kak Lia cepat-cepat bangkit. Tak salah untuk bersedih tapi jangan lama-lama. Hidup mesti diteruskan macam biasa.

Kak Lia berdoa pada Allah semoga Allah permudahkan segalanya. Kak Lia buntu sangat-sangat. Alhamdulillah, Kak Lia ditunjukkan jalan terdetik dan tergerak hati untuk buat bisness yang memudahkan Kak Lia bergerak. Bisness yang modalnya rendah tapi pulangan yang besar dan lumayan.

Kak Lia bertemu jodoh dengan pakej spa TWB (The Walking Beauty). Masa mula-mula nak join memang ada perasaan ragu-ragu. Boleh ke aku ni? Nanti tak jadi lagi bisness aku ni... tapi Kak Lia cepat-cepat tepis suara hati yang negatif. Kak Lia kena bangkit, ingat... jangan putus asa. Allah suka orang yang berusaha.

So, Kak Lia decide untuk join TWB dan alhamdulillah pilihan Kak Lia tepat. Kenapa Kak Lia cakap pilihan ni tepat?

Hurmm... banyak sangat benefit dan peluang-peluang yang terbuka di dalam kerjaya spa TWB ni. Amat mudah untuk buat duit. Simple and fun!!


Bisness Spa TWB ni ialah Home and Mobile Spa atau dikenali spa bergerak di mana kami (beautician) akan ke rumah customer ataupun customer yang datang ke rumah beautician mengikut masa dan hari yang telah mendapat persetujuan bersama. Mudah kan? Win-win situation.

100% daripada income spa tu tidak perlu berkongsi dengan sesiapa, ianya masuk terus dalam poket kita. 

Macam korang tahu lah kan, wanita memang sukakan kecantikan dan terapi diri untuk menghilangkan stress setelah penat bekerja seharian. Peluang yang ada dalam bisness spa bergerak ni cukup tinggi dan terlalu mendapat sambutan yang hangat serta menggalakkan.

Dan yang paling best ialah Spa TWB ni adalah Spa Shaklee, bukan sahaja kita dapat income dari projek spa malah kita juga akan dapat income daripada shaklee. 

Dengan adanya spa twb ni, kita akan dapat merasai dan menikmati 5 penjuru income yang mana tiada kat lain-lain bisness. Dah ramai sangat testimoni-testimoni yang berjaya dengan projek spa twb ini.

Bukan janji tapi pasti...Hahaha.... pernah dengar tak ayat tu??


Ini salah satu skincare produk (Youth Shaklee) yang kami gunakan dalam service spa. Cukup berkesan dan terjamin keselamatannya.

Kak Lia dah merasakan hasil dari bisness spa twb ni, korang bila lagi?? Jangan fikir lama-lama tau, nanti korang jugak yang rugi. Hehehe... 

Jangan risau sebab korang takkan bergerak sediri tau... macam Kak Lia dulu buat bisness sendiri tanpa ada tempat mana-mana rujukan. Tapi dengan TWB ni, kita semua bergerak bersama. Berkongsi ilmu spa dan bisness bersama. Korang akan dibantu oleh master dan senior-senior hebat dalam twb ni.

Geng-geng Jutawan Spa TWB ni tergolong daripada bermacam-macam jenis profession tau. Ada cikgu, engineer, staff TV3, nurse, doktor, ahli farmasi dan lain-lain. Kalau nak senaraikan satu persatu jenuh ler Kak Lia...hahaha...

Korang boleh baca pakej kursus spa terbaru TWB untuk tahu dengan lebih lanjut tentang pakej yang ditawarkan.

Di bawah ni adalah antara testimoni-testimoni yang berjaya mendapat pulangan yang lumayan dengan hasil bisness spa masing-masing.










In Sha Allah, kejayaan akan mengiringi bagi mereka yang berusaha. Jom bina kerjaya bersama TWB. 

Pengambilan ahli baru masih dibuka sekarang ni. Cepat-cepat rebut sit korang ok.

Cukup setakat ini perkongsian dari Kak Lia tentang Kerjaya bersama TWB!! Sekiranya korang berminat sila hubungi Kak Lia di talian 0196442032.

PM/Whatsapp/Tele:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Pemilik dan Pengusaha Spa Q And Mamacare
No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial

Email: liabr_78@yahoo.com.my

0 comments