Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Saturday 31 March 2018

SAAT MAGIKA BERSAMA TWB


Assalamualaikum wbt.

Lama jugaklah rasanya Kak Lia tak berkesempatan nak update blog ni. Rindu sangat nak berkongsi cerita dengan korang semua. Ok, hari ni Kak Lia nak share tentang Saat Magika Bersama TWB.

Bagi korang yang selalu je follow cerita Kak Lia ni mesti dah tahu kan apa itu TWB sebab Kak Lia dah terangkan dah kat entri sebelum ni. Tapi, bagi korang yang baru acah-acah nak follow tu mungkin masih blur lagi apa itu TWB.

TWB ni adalah singkatan kepada The Walking Beauty di mana kami menjalankan projek spa tanpa kedai di atas nama sendiri tanpa menggunakan modal yang besar. Kalau nak kata tanpa modal langsung tu, tipu lah pulak kan... hehehe... tapi apa yang pasti harga memang MAMPU MILIK dan percayalah pulangan balik yang akan korang dapat berlipat ganda lebih berbaloi dari apa yang korang laburkan.

Cop..cop...korang tahu tak apa yang paling-paling special dengan TWB ni? Pengasasnya dulu seorang Engineer tapi dah jadi surirumah dengan income berpuluh-puluh riban... TWB ni pun bisnes yang diterajui adik-beradik beliau. Nak tengok gambar diorang tak? Tengok sini

Uisshh... panjang pulak intro tentang TWB ni, dah..dah... kita fokus kepada kisah manis Kak Lia bersama TWB pulak ok. 

Imbau balik macamana masa Kak Lia mula-mula boleh terjebak dengan TWB ni. Kak Lia sebenarnya dah macam-macam buat bisnes. Terlalu banyak, nak cerita pun tak terlarat tapi semuanya tak kena dengan jiwa Kak Lia tau sebabnya Kak Lia ni memang sukakan bidang kecantikan. Sampailah satu hari tu Kak Lia decide nak buat spa. Bermulalah era survey-survey harga dan servis spa terbaik kan. Memang banyak sangat yang Kak Lia survey dan yang paling membuatkan Kak Lia jatuh cinta dengan TWB ni harga pakej kursus yang ditawarkan sangatlah murah dan berpatutan berbanding dengan pakej-pakej lain di luar sana. Kak Lia start join TWB pada akhir Oktober 2016.

Apalagi, terus ku grab lah peluang yang ada depan mata kan dan terus set masa untuk training. Tapi kan, korang tahu tak masa training tu Kak Lia betul-betul sarat tau. Nak jalan pun dah sakit-sakit dah tapi Kak Lia gagah kan jugak demi mencari ilmu. Rasa macam rugi pulak kalau training lepas berpantang. 

Masa menunggu trainer TWB datang ambil, sempat lagi selfie. 
(Jangan pandang belakang, ada yang memerhati...hehehe)

Kak Lia tengah training, nak tunduk punyalah seksa, maklumlah mak buyong... 
kadang-kadang baby mengeras marah sebab mama dia tunduk.


Seminggu je lepas training terus Kak Lia bersalin. Masuk wad pun penuh dengan senyuman... hehehe

Nampak tak manisnya di situ? Ahakss...


Haaaa.... masa dalam pantang, biasalah kita pompuan ni of course le jadi QUEEN kan? Semua kita tak buat kerja, kita pegang baby je. Masa banyak sangat terluang, apa lagi kita main gosok-gosok muka sendiri lah. Itulah kelebihannya bila kita ada ilmu spa, anytime je kita boleh apply kat muka sendiri. FREE lagi haaaa... siapa nak bagi kan?

Kemudian, lepas pantang Kak Lia tak aktif lagi buat spa sebab tunggu baby besar sikit baru nak mula. 

Bila baby Kak Lia dah umur 5 bulan baru lah Kak Lia start promote kat kawan-kawan dan orang luar. Alhamdulillah, sambutan pun luar biasa. Tapi Kak Lia cuma jalankan bisnes spa ni hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) sebab Kak Lia kerja. Sebenarnya Kak Lia ni seorang Engineer tapi berimpian nak jadi surirumah sepenuh masa suatu hari nanti dengan income yang besar hasil dari bisnes spa ni. In sha Allah. Sekarang ni spa ialah side income Kak Lia but one fine day bisnes spa ni akan menjadi main income Kak Lia. Korang doa-doakan Kak Lia tau. Seronok bekerja dari rumah sebab boleh tengok anak-anak depan mata kan?

Baby kena tinggal sebab mama nak bercintan dengan customer

Untuk pengetahuan korang lah kan, walaupun Kak Lia buat hujung minggu je tapi alhamdulillah hasil servis spa ni dapat buat macam-macam belanja tau. Duit gaji pun boleh simpan. Dulu, sebelum Kak Lia join TWB, nak simpan duit gaji pun payah. Maklumlah banyak sangat komitmen. Sekarang ni hujung minggu orang bercuti habiskan duit, kita cuti hasilkan duit. Best tak?

Nampak tak profession kami di situ?


Yang paling magika sekali bagi Kak Lia bila join TWB ni, kawan lama yang berbelas tahun tak jumpa pun boleh jumpa balik asbab buat spa ni tau. Dan kawan-kawan suami Kak Lia pun jadi kawan rapat Kak Lia asbab spa ni jugak. Seronok sangat bila ramai kawan betul tak?

Sebenarnya, TWB sedang VIRAL sekarang ni. Rugi sangat kalau korang asyik dok berfikir je tapi tak jugak bertindak. Sebab peluang tak datang berkali-kali tau. Rebutlah peluang tu bila dah ada di sepan mata. 

TWB ni pun bukan bagi kita satu income je. Ada banyak sangat penjuru income yang kita akan dapat. Selain instant cash, kita jugak akan dapat macam-macam bonus dan yang paling menarik dapat pergi trip luar negara. Haaaaa... nampak tak korang bestnya bila join TWB ni.

Anyway, siapa-siapa yang berada berhampiran Kota Bharu, Machang dan Jerteh boleh PM Kak Lia untuk dapatkan facial ataupun pakej-pakej spa lain. Kita set masa ok.


Panjang pulak entri Kak Lia kali ni. Itulah bahananya bila lama tak bersembang kat blog ni. Hehehe... Untuk korang yang nak dapatkan maklumat atau apa sahaja tentang Pakej Kursus Terlajak Murah TWB jangan segan silu boleh je PM Kak Lia terus. Mana lah tahu kan sekarang ni tengah usha-usha bisnes mampu milik, mudah dan fun.... INILAH masanya!!! Jangan tunggu-tunggu atau berlengah. FAST ACTION FAST RESULT!!


Sila hubungi whatsapp/pm/tele Kak Lia di talian:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Pemilik dan Pengusaha Spa Q And Mamacare
No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial

Email: liabr_78@yahoo.com.my

5 comments:

  1. Salam..
    Wahhh best2...semoga terus maju kak lia..
    TWB JB..
    https://leylaluvya.com/saat-magika-bersama-twb/

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...mekasih Ieyla.. smoga Iela pun sama2 maju jaya dlm twb..

      Delete
  2. Salam..
    Wahhh best2...semoga terus maju kak lia..
    TWB JB..
    https://leylaluvya.com/saat-magika-bersama-twb/

    ReplyDelete
  3. kak lia ♥️. salam perkenalan. semoga sukses slalu, amiin. jemput singgah blog http://hajarmatjam.blogspot.my/2018/04/saat-magika-bersama-twb.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan jugak siti... ok..in sha Allah Kak Lia singgah blog siti..hehe..smoga siti pun terus sukses juga...

      Delete