Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Sunday 29 April 2018

YOUTH SHAKLEE BERSAMA SPA TWB


Assalamualaikum sayang-sayang Kak Lia.

Nampaknya bulan ni aktif betul Kak Lia mengupdate blog. Bukan apa, sebab banyak sangat perkara menarik dan best yang ingin Kak Lia kongsikan bersama tentang SPA NATURAL di bawah naungan THE WALKING BEAUTY iaitu SPA SHAKLEE di mana produk-produk yang digunakan ialah produk SHAKLEE semata-mata. 

Kenapa SHAKLEE? 

Kerana ianya terbukti berkesan dan dijamin selamat serta bebas daripada 2500 jenis bahan kimia yang berbahaya. 

Ok guys, korang tahu tak apakah skincare terbaru shaklee sekarang yang menggantikan Nutriwhite? Alaaa... yang tengah VIRAL sekarang ni... Hurmmm... YOUTH Skincare ler, baru jer dipasarkan bulan MAC lepas di Malaysia dan produk ini menjalani 8 tahun kajian sebelum dikeluarkan tau. Satu jangkamasa yang agak lama, bukannya 'produk timbang kilo' dari kilang negara seberang.

Contoh gambar produk skincare timbang kilo


YOUTH sekarang ni macam goreng pisang panas, mana taknya setiap kali stok baru masuk memang sekejap je dah habis. Kalau korang lambat, memang terpaksa tunggu next stock la pulak. Kadang-kadang kitorang ni terpaksa pulun sampai berpeluh depan komputer bila nak order, sebab kena order online.  Laman web Shaklee dah macam traffic jam kat jalanraya. Hehehe...

Semua orang excited sangat nak dapatkan YOUTH ni. Mana tidaknya, Nutriwhite yang dah bertahun kat pasaran sebelum ni pun sangat berkesan inikan pula produk yang baru dan terbukti keberkesanannya seawal 7 hari melalui ujian klinikal bukan self-claim semata-mata tau!

Haaa... inilah yang bernilai dan exclusive sangat dengan The Walking Beauty sebabnya kami menggunakan YOUTH Skincare dalam service spa kami. 


Apakah Beza YOUTH Skincare Dengan Produk Lain Di Pasaran?

YOUTH menjalani ujian klinikal yang direka oleh World Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index yang mana ianya mengkaji kehadiran tanda-tanda penuaan melalui data klinikal.

Salah satu kajian dibuat adalah ke atas kedutan wajah (wrinkles). Skin Age Index ni mengukur sehingga kedalaman dan kepanjangan kedut itu. Memang detail kan? Setakat ni, belum ada lagi produk lain yang buat kajian sangat terperinci macam Shaklee buat ni. 

Tanda-tanda penuaan yang dikaji adalah seperti berikut:

- Kedutan dan garis-garis halus
- Saiz pori-pori 
- Tona kulit
- Tekstur kulit
- Pigmentasi
- Kekenduran kulit
- Kelembutan dan seri kulit


Hasil menunjukkan 100% daripada wanita yang mengikuti kajian ini terbukti kulitnya menjadi lebih muda berbanding sebelumnya, hanya dalam tempoh 7 hari sahaja dan 2/3 wanita berjaya menjadikan kulit lebih muda 10 tahun dari usia sebenar.

Apakah Produk Yang Terdapat Di Dalam Set YOUTH Skincare?

Untuk pengetahuan korang, terdapat 6 produk di dalam set ini iaitu:

1. Luminous Gel Oil Cleanser 
2. Perfecting Skin Toner 
3. Youth Activating Serum
4. Age Defense Moisturiser SPF 50
5. Advance Renewal Night Cream
6. Radiance C + E

Apakah Bahan Yang Terdapat Di Dalam Set Youth Skincare Sehingga Membuatkan Ia Amat Berkesan?



Cuba korang tengok gambar kat atas tu, memang special sangat bahan-bahan yang digunakan untuk hasilkan YOUTH ni. Jadi tak hairan lah YOUTH ni boleh menjadikan kita sentiasa AWET MUDA dan ANTI-AGING di mana kita akan kelihatan lebih muda 10 tahun dari usia sebenar. 

Jom kita lihat satu persatu fungsi bahan-bahan tersebut.

1. Apple Cell Extract & Gentle Vitamin A 
    - Apple cell merupakan sel yang hampir sama dengan sel kulit manusia, 
      sebab itu lah ianya sangat berkesan untuk mempercepatkan kadar  
      pembaharuan sel kulit. Kedua-dua bahan ini berfungsi untuk menyegarkan  
      dan melebutkan.

2. Schisandra Chinensis Fruit Extract
    - Berfungsi untuk menyokong struktur kulit muda dan memberi khasiat 
      kepada kulit.

3. Vital Repair + (Vitamins, Botanicals)
    - Untuk melawan radikal bebas dan memberi perlindungan kepada kulit.

4. Lotus Japonicus Extract 
    - Untuk menyokong penghasilan kolagen dan elastin serta memberikan 
      ketegangan tanpa kedutan kepada kulit.

5. Muscadine Grape Polyphenols
    - Untuk melindungi kolagen dan elastin serta perlindungan berkesan ke atas 
      kulit.

Bila dah seronok baca dan tahu dengan lebih jelas tentang YOUTH ni, dah tentulah korang nak tengok TESTIMONI pulak kan? Ok, Kak Lia pun tak sabar nak tunjuk kat korang semua hasil testimoni-testimoni yang dah gunakan YOUTH. Skroll je gambar-gambar kat bawah ok... hehe













Wowww!!! Sudah terang lagi bersuluh hasil penggunaan YOUTH Skincare ni memang superb duperb, betul tak? Hebat bukan?? Kak Lia memang teruja sangat dengan YOUTH ni, secara keseluruhannya ia kelihatan jauh lebih mendahului Nutriwhite dari segi kualiti dan keberkesanannya. Lebih-lebih lagi bila ada penambahan produk Radiance C+E tu, menjadikan YOUTH satu pelaburan yang sangat berbaloi untuk semua peringkat umur lelaki dan perempuan. 

Jadi, kalau korang rasa muka dah ada kedut-kedut, jeragat bertompok atau pun jerawat yang banyak meh ler cuba produk YOUTH Skincare ni. In Sha Allah, dijamin keberkesanannya dan korang terpaksa lah nampak lebih muda lepas ni. Hehehe...



Dan.... inilah yang membuatkan specialnya Home And Mobile Spa The Walking Beauty (TWB) sebabnya kami menggunakan produk YOUTH dalam service kami. 

Untuk korang di luar sana yang teringin sangat nak memiliki spa di atas nama sendiri, memang bertuahlah kalau join kami sekarang sebabnya dengan harga pakej kursus spa yang kami tawarkan sememangnya dah termasuk dengan produk YOUTH ni serta produk-produk kecantikan yang lain. Kami juga menyediakan barang keperluan spa untuk korang run terus spa selepas selesai je training dengan hanya SATU HARGA sahaja. 

Sila klik pakej terbaru kursus spa TWB untuk tahu dengan lebih lanjut harga terbaru Pakej SPA TWB.




Memang untung dan sangatlah berbaloi pelaburan korang nanti. 

By the way, kalau ada di antara korang atau kawan-kawan yang nak buat facial area Kota Bharu, Kok Lanas, Ketereh, Machang dan juga Jerteh boleh hubungi Kak Lia ok.

Kalau ada sebarang pertanyaan, memang sangat-sangat dialukan dan jangan malu-malu itik dan contact Kak Lia ok.

Sila hubungi:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Pemilik dan Pengusaha Spa Q And Mamacare
No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial

Email: liabr_78@yahoo.com.my



Thursday 26 April 2018

CARA BEBAS HUTANG MELALUI BISNESS SPA TWB


Assalamualaikum sayang-sayang Kak Lia semua... 

Dengar je nama Kak Lia ni dah tak ada cerita lain dah yang nak dikongsikan, of course lah mengenai spa. Ye lah, kita kan perempuan, dah tentu semua suka cantik-cantik dan suka manjakan diri. Baik ngaku, betul tak? Hehehe...

Tapi, apa yang Kak Lia nak kongsikan ni, bukan kita habiskan duit untuk cantikkan diri tau, malah sambil cantik kita terpaksa terima duit. Terpaksa KAYA! Macamana caranya?? Haaa.... kenalah setia membaca, barulah rahsia tidak lagi menjadi rahsia.

Kak Lia nak tanya satu soalan, siapa di antara korang yang TIADA HUTANG? Hidup hari ni kalau tak berhutang, tak sah!! Nak pakai kereta cantik, kena berhutang... nak beli rumah, kena berhutang... Pendek kata semua berhutang lah, tapi hutang dengan bank lah kan. Hehe... Beban tak kalau kita berhutang ni? Jawabnya, nak tidur malam pun tak lena kan? Gaji singgah sekejap je hari ni dalam akaun bank kita, esok dah sikit. Minggu depan dah tinggal saki baki... Tiga minggu kemudian, dok melopong sambil garu kepala pening nak cari duit.

Jadi, Kak Lia rasa bertanggungjawab untuk berkongsi dengan korang macamana nak hidup dengan BEBAS HUTANG!!


Apa yang Kak Lia perhatikan, semua orang pada hari ini semuanya terpaksa melakukan dua kerja dalam satu masa untuk menambah pendapatan dalam keluarga. Memang kesian sangat, dahlah penat dengan kerja hakiki... lepas kerja terpaksa pulak buat side income. Kalau tak cari side income memang tak cukup untuk belanja bulanan, betul tak??

Sama juga dengan Kak Lia.... selain kerja hakiki, Kak Lia pun buat side income tapi alhamdulillah side income yang Kak Lia buat ni terlalu mudah, happy dan sangat menguntungkan iaitu Bisnes SPA Kecantikan (Home and Mobile Spa).

Bisnes ni tak perlu sewa kedai, staff atau pun modal yang besar. Hanya menggunakan barang yang ada sekeliling kita pun dah boleh run bisnes spa ni.

Kepada sesiapa yang belum tahu lagi, Kak Lia menjalankan bisnes SPA SHAKLEE di bawah naungan The Walking Beauty Project (TWB) di mana pengasasnya ialah MASTER dalam Shaklee iaitu Pn. Ainul Shahrazad. Bisnes spa kami ini hanya tertumpu kepada SPA WANITA sahaja kerana kami ingin membantu wanita-wanita di luar sana supaya dapat berdikari dengan usaha sendiri dan juga dapat membaiki kewangan keluarga. 





SPA SHAKLEE ini ialah SPA NATURAL di mana kami menggunakan produk shaklee dalam setiap rawatan spa kami. Produk yang digunakan 100% terjamin keselamatannya kerana ia adalah produk semulajadi dan tanpa campuran bahan kimia.

Kelebihan bisnes SPA SHAKLEE ini ialah korang akan menjana pendapatan dari 5 penjuru. Haaa... special kan? Betul ke hanya dengan bisnes spa akan dapat banyak sangat bonus? Ye, betul... semua ni korang akan rasa bila korang join kami. 

Apa yang Kak Lia kongsikan ni semuanya adalah berdasarkan dari pengalaman Kak Lia sendiri dan juga perkongsian dari ahli-ahli TWB yang lain. Semua yang join dah dapat merasakan betapa mudahnya menjemput rezeki hasil dari bisnes Spa ni.

Kenapa Kak Lia katakan bisness spa ini terlalu mudah dijalankan? Kerana wanita pada zaman sekarang ni terlalu sibuk dengan urusan kerja dan seharian membuatkan mereka tiada masa untuk ke Pusat Rawatan Spa. Jadi, kita sebagai beautician, akan membantu mereka mendapatkan service spa di rumah supaya mereka dapat merasakan seolah-olah berada di Pusat Rawatan Spa tanpa meninggalkan anak. Senang kan?





Service spa yang paling mendapat sambutan ialah Pakej SPA PENGANTIN. Biasalah kan, orang yang nak kahwin ni semuanya nak nampak cantik bila di hari perkahwinan. kak Lia memang tak menang tangan untuk mengambil customer yang nak kahwin ni. Seronok tau!!

Sambil kita manjakan diorang, sambil kita sedut duit. Kadang-kadang duit gaji tak usik pun, simpan ketat-ketat dalam bank. Hasil dari bisnes spa tu lah buat belana harian, bayar segala bil dan hutang-hutang. Alhamdulillah, Kak Lia rasa berbaloi sangat bila join TWB.

Cuba krang tengok gambar-gambar kat bawah ni hasil dari buat bisnes spa under TWB. Memang happening sangat-sangat...










Korang nak rasa tak apa yang Kak Lia dan ahli-ahli TWB yang lain dah rasa? Nak BEBAS HUTANG? BISNES SPA TWB ni lah jawapannya. Tak ada ragu-ragu lagi.

Nak tahu dengan lebih lanjut pakej training Spa TWB atau kalau korang ada sebarang pertanyaan boleh hubungi Kak Lia terus ok.

Pn. Noor Hazlira bt Abdul Rahman

Pemilik dan Pengusaha 
SpaQ And Mamacare

Tel: 019-6442032

Fb: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial






Sunday 22 April 2018

TOP TEN PRODUK SHAKLEE 


Assalamualaikum sayang-sayang Kak Lia semua.


Alhamdulillah, bersua lagi kita kat medium blog ni kan. Hari ni Kak Lia nak bercerita sikit tentang Shaklee. Sebut tentang Shaklee ni sebenarnya korang tahu dan kenal tak Shaklee ni? Kak Lia pasti mungkin masih ada ramai lagi di antara korang yang tak berapa tahu lagi tentang Shaklee ni. Betul tak? Ok, kepada yang masih lagi tertanya-tanya apakah Shaklee tu, meh Kak Lia terangkan.

Shaklee ni adalah sebuah syarikat Supplement semulajadi yang telah wujud tahun 1956 lagi. Maknanya dah lebih 62 tahun bertapak di dunia.

Tapi, jangan terkejut pulak sebenarnya multivitamin shaklee ni telah wujud awal lagi sebelum penubuhan syarikat Shaklee iaitu 100 tahun di dunia.

Untuk pengetahuan korang, Shaklee mempunyai 24 jenis vitamin dan ada 10 jenis vitamin terbaik jualannya setiap bulan yang wajib korang tahu iaitu: 

1. ESP Mixed Soy Protien

2. Vita E Complex

3. Ostematrix

4. Vivix

5. Sustained Release Vitamin C Plus

6. Lecithin

7. Alfafa Complex

8. Callogen Powder

9. Omega Guard

10. Vitalea Iron Formula




Untuk entri kali ini Kak Lia nak kongsikan hanya 5 di antara 10 vitamin terbaik Shaklee ni dulu ok. Selebihnya nanti, Kak Lia kongsikan di masa akan datang. Jadi, korang boleh klink link di bawah untuk tahu dengan lebih detail tentang 5 jenis vitamin tersebut.







So, macamana? Dah habis baca ke semua link tentang 5 vitamin tu? Dah faham dan clear fungsi vitamin masing-masing? Nak cuba? Nak cantik? Nak sihat? Jadi, apa yang ditunggu lagi tu? PM/Whatsapp Kak Lia sekarang ok.

PM/Whatsapp/Tele:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Pemilik dan Pengusaha Spa Q And Mamacare
No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial

Email: liabr_78@yahoo.com.my



FUNGSI DAN KEBAIKAN GLA COMPLEX

APAKAH ITU GLA?

GLA adalah singkatan kepada gamma-linolenic acid, sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin. Prostaglandin ialah bahan berkesan berupa hormon yang membantu mengawal atur proses badan yang normal. Hormon dalam badan kita ni ialah bahan kimia yang dihasilkan oleh cecair di dalam badan. Hormon memainkan peranan penting dalam mengaktifkan proses di dalam tubuh manusia. Contohnya pertumbuhan, proses baligh, kitaran haid dan menopaus.

Kebanyakan GLA yang ada di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil. Manakala GLA Shaklee diekstrak daripada biji tumbuhan borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.

Korang pernah dengar tak apa itu EPO? Kalau korang biasa pergi farmasi cuba tengok bahagian vitamin-vitamin tu, mesti ada EVENING PRIMROSE OIL (EPO) macam-macam brand ada. Diorang kat farmasi tu mesti cakap EPO ni bagus untuk perempuan.  

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi biovailability dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

Haaa..korang nampak tak? Kat sini pun dah nampak kan kelebihan GLA Complex Shaklee berbanding dengan EPO lain kat luar sana.

SUMBER UTAMA GLA COMPLEX


Sumber utama GLA Complex adalah Bunga Borage. Kenapa Shaklee memilih Bunga Borage dan bukannya Bunga Evening Primrose sebagai sumber utama GLA?

Sebabnya:

1. Kandungan GLA dalam Bunga Borage adalah 2 kali ganda jika dibandingkan dengan Bunga Evening Primrose. 

2. Kandungan GLA dalam Bunga Borage adalah 3 kali ganda mudah diserap oleh badan berbanding dengan Bunga Evening Primrose Oil. Hasilnya, sudah tentulah 3 kali ganda yang lebih berkesan dan ianya sangat-sangat membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti arthritis dan eczema.

3. Setiap kapsul GLA Complex Shaklee mengandungi 300mg GLA yang menjadi sumber terbaik Omega 6.

FUNGSI DAN KELEBIHAN BAHAN-BAHAN DALAM GLA

1. Borage Seed - membantu eczema, PMS, arthritis rheumatoid, darah tinggi, kesihatan kulit dan menstabilkan hormon.

2. Blackcurrant - PMS, membakar lemak, mengurangkan air dalam tubuh, kesihatan rambut dan kuku, melancarkan peredaran darah serta meningkatkan daya tahan badan.

3. Minyak Bunga Matahari - antioksidan, menyihatkan jantung, sumber tenaga, membina sel baru, melembabkan kulit, mencegah asma dan membaiki sel rosak.

4. EPO - kesihatan rambut, kuku dan kulit, mengurangkan jerawat, mengurangkan hypertensi, mencegah arthritis, PMS, diabetes, menormalkan kitaran haid dan antioksidan.

5. Vitamin E - Antioksidan, melindungi jantung, meningkatkan kesuburan, anti penuaan, meningkatkan tenaga, mengurangkan parut, menyingkir radikal bebas dan mengurangkan jeragat.

KENAPAKAH PENTING PENGAMBILAN GLA?

1. Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba tradisi kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara semasa haid. Bila hormon kita dah dapat dikawal maka secara tidak langsung period pun teratur dan senggugut pun berkurangan.

3. Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4. Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki. Makanya GLA bukan untuk wanita sahaja, lelaki pun boleh amalkan GLA ni.

5. Menentang Kanser -  GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser. Anti oksidan ni sangat perlu untuk melawan radikal bebas yang ada di dalam badan kita. Radikal bebas ni boleh merosakkan sel badan. Sel badan kita yang rosak akan menyumbangkan segala jenis penyakit kepada kita.

6. Memperbaiki Inflamasi Kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea dan kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi daripada rheumatisma, arthritis.

7. Menghalang Komplikasi Diabetes - Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

8. Pelangsingan dan Menghalang Tambah Berat Badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan yang berkesan, membero tona pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat bagi mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hyper.

9. Menghalang Tekanan Darah Tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi.

10. Memberbaiki Tekstur Rambut - Memberbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

11. Meningkatkan kesuburan.


Jom kita tengok testimoni yang amalkan GLA ni. Apa kata mereka??... 





Berminat untuk cuba?

PM/Whatsapp/Tele:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Pemilik dan Pengusaha Spa Q And Mamacare
No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial

Email: liabr_78@yahoo.com.my

Saturday 21 April 2018

SINGKIRKAN LEMAK DENGAN LECITHIN

APAKAH ITU LECITHIN?

Lecithin dikenali sebagai pengemulsi lemak semulajadi yang memecahkan lemak kepada molekul-molekul yang lebih kecil untuk pencernaan di mana ianya memudahkan lemak-lemak untuk dicerna oleh badan.

Lecithin juga ditukar menjadi acetylcholine di dalam badan yang mana dapat membantu mengekalkan badan yang sihat.

Jadi, bagi korang yang berhasrat nak mengurangkan berat badan atau teringin untuk kurus dengan bantuan makanan tambahan (supplement), pastikan supplement yang korang ambil tu mengandungi choline.

Berdasarkan Akedemi Sains Antarabangsa (The National Academy of Sciences), choline penting bagi sesiapa yang ingin diet. Lecithin adalah bahan untuk larut lemak yang dipanggil phospholipid di mana ianya terdiri daripada choline dan inositol yang terdapat di dalam semua sel hidup. Phospholipid merupakan komponen utama sel membran yang berfungsi mengawal nutrien yang keluar dan masuk dari sel.

PENTINGKAH LECITHIN?

Asid Linoleik (Essential Fatty Acid): sangat penting untuk tubuh badan kita di mana ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan. Jadi, cara untuk dapatkannya kenalah ambil dari sumber luar.

Kolin: Komponen untuk neutrotransmitter.

Asetikolina: Bekal biokimia untuk menghantar mesej ke otak dan saraf.

Inositol: Sebagai komponen utama membran/selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

FUNGSI UTAMA

1. Lecithin membantu menyerap vitamin yang larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K.

2. Membantu memecahkan lemak dan kolesterol iaitu ianya bertindak sebagai pembersih salur darah dan pengambilan tambahan dapat membantu mengemulsi serta metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam badan.

3. Membantu melangsingkan badan di mana pengambilan lecithin dalam kuantiti yang banyak dapat membantu mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang sekaligus menghalang obesiti.

Selain daripada itu, Lecithin juga membantu dalam:

1. Melindungi hati
- Membantu menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati, hati berlemak dan membantu memulihkan kesihatan hati.

2. Mencantikkan otot dan kulit
- Membantu membentuk sel membran, melembab dan menghaluskan kulit. Juga membantu mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.

3. Memperbaiki alergi
- Membantu menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit dan demam disebabkan alergi.

4. Menghalang kejadian batu karang
- 90% punca batu karang terbentuk adalah disebabkan kolesterol. Jadi, lecithin berfungsi untuk membantu mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat pembentukan batu karang.

5. Mempertingkatkan daya ingatan dan mengurangkan tekanan
- Acetycholine yang terdapat di dalam lecithin berfungsi untuk membentuk penghantar (sender) ke saraf kranial yang akan mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan mengurangkan tekanan.

6. Menghalang tekanan darah tinggi
- Lecithin berfungsi sebagai penghalang arteriosklerosis dan menggalakkan peredaran darah.

7. Memperbaiki prostat lelaki
- Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.

8. Melegakan sembelit
- Lecithin dapat membantu melembutkan najis dengan berkesan. Ia juga membantu melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

PERBEZAAN LECITHIN SHAKLEE VS LECITHIN PASARAN LUAR

Ok, apa yang membuatkan lecithin shaklee berbeza dengan lecithin lain yang berada di pasaran luar sana ialah sumber lecithin itu sendiri. Contohnya sumber lecithin shaklee adalah dari kacang soya semulajadi dan kacang soya ini pula adalah kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (Non-GMO soybeans).

Setiap kapsul lecithin shaklee mengandungi 530mg soya lecithin termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol.

Lecithin shaklee yang dirembeskan oleh badan akan menghasilkan acetyl-kolin (acetycholine), inositol, fosforus dan lemak tidak tepu.

Sudah tentu korang jelas kan sekarang tentang lecithin shaklee. Gambar di bawah ni adalah testimoni dari 'mummy' Kak Lia sendiri tau iaitu mentor Kak Lia dalam shaklee ni. Beliau sendiri mengamalkan lecithin dalam diet seharian untuk kurus.




Kat bawah ni pula, customer yang mengamalkan lecithin untuk kurus tapi dalam masa yang sama kulit yang makin cantik cerah berseri.


So, bila korang makan lecithin bukan sahaja kurus yang korang akan dapat tapi  terpaksa juga cantik. Hehehe... 

Nak cuba? Sila hubungi Kak Lia di talian berikut ok:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Pemilik dan Pengusaha Spa Q And Mamacare
No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial

Email: liabr_78@yahoo.com.my

FUNGSI ALFAFA SHAKLEE


Assalamualaikum sayang-sayang Kak Lia. Entri kali ni Kak Lia nak kongsikan dengan korang semua tentang ALFAFA SHAKLEE. Kita akan kupaskan satu persatu tajuk kat atas tu ok.

Kenapa alfafa digelar Raja Segala Tumbuhan? Haaa... sebabnya alfafa itu sendiri bermaksud Raja Segala Makanan. Alfafa ni sebenarnya salah satu tumbuhan yang sangat berkhasiat kerana akar tunjangnya boleh mencecah 20 kaki dalam tanah. Jadi, alfafa boleh menyerap lebih banyak nutrien dari tanah.


Mengikut kajian lebih 300 nutrien dan mineral yang ada dalam pokok alfafa ni. Antaranya kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, bioflavonoid, vitamin dan klorofil.

Alfafa adalah produk signature shaklee tau!! Dr. C Forrest Shaklee menghasilkan alfafa pada tahun 1950, fullamakkk... dah dekat 70 tahun rupanya.

Alfafa ni ditanam di kawasan subur di California dan Shaklee hanya menggunakan serbuk daun alfafa sahaja untuk hasilkan tablet alfafa sebab itulah ia terlalu mudah larut dalam air.

Kalau orang dulu-dulu, diorang gunakan daun alfafa ni untuk ulser, sakit sendi dan banyakkan susu dalam badan. Diorang makan daun alfafa macam tu je macam makan ulam gituuu... Maklum lah kan, terlalu banyak khasiat dalam alfafa ni, apa pun sanggup telan. Hehehe...

KHASIAT ALFAFA

1. AGEN DETOX

Sesiapa je yang nak kurus memang elok dan wajib makan alfafa ni. Kak Lia pun memang makan alfafa ni, kalau rasa dah terlebih makan memang akan telan alfafa ni. Alfafa akan bertindak dalam badan dan buang melalui najis, so tak adalah rasa menyesal sangat bila makan banyak.

Lagi satu, kalau korang makan vitamin untuk kecantikan tapi tak nampak kesannya boleh detoks dulu dengan alfafa ni. Alfafa berfungsi membuang toksin yang ada dalam badan, barulah vitamin lain yang kita makan mudah diserap.

2. KEPUTIHAN

Alfafa dapat membantu kurangkan keputihan, kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan. Ia juga berfungsi ala-ala kacip fatimah dan tongkat ali untuk pasangan yang sudah berkahwin.

3. MILK BOOSTER

Alfafa juga berfungsi untuk memeriahkan susu badan bagi ibu-ibu yang menyusu. Bagi ibu-ibu yang sedang menyusu, Kak Lia syorkan sangat amalkan alfafa ni. Orang dulu-dulu makan daun alfafa macam tu je, kita sekarang ni dah untung dan bertuah sangat-sangat sebab shaklee dah tabletkan alfafa ni bagi memudahkan untuk kita telan.

4. KESIHATAN TULANG

Nutritionist shaklee pernah memaklumkan, makan 10 biji alfafa ni umpama kita minum segelas susu tinggi kalsium. Tulang yang sihat perlukan kalsium yang cukup. Jadi, kalau tak suka minum susu boleh makan alfafa ni sebagai ganti.

5. MASALAH BAU BADAN, KAKI DAN MULUT

Masalah bau ni berkait rapat dengan toksin dalam badan. Bila kita makan alfafa, toksin dalam badan akan disingkirkan dan secara tidak langsung bau badan akan berkurangan.

Ada seorang customer ni, anak lelaki dia ada masalah kaki berbabu sebab kerja sentiasa pakai safety shoes. Kasut tu kan tebal dan kedap udara sikit, bila anak dia buka kasut sati rumah berbau. Jadi, dia bagi anak dia makan alfafa dan letak juga alfafa tu dalam kasut serta hancurkan alfafa dan sapu kat kaki. Alhamdulillah kaki anak dia dah kurang berbau.

6. RESDUNG

Alfafa juga bagus untuk resdung. Bagi yang resdung terlalu kuat memang patut ambil alfafa ni. Bagi yang resdung kuat ni, memang tak boleh makan seafood kan? Tengok orang sebelah makan, telan air liur je lah gamaknya. Hehe... Jadi, sebelum korang nak makan seafood tu, seeloknya telan alfafa dulu.

Sama juga yang alah dengan habuk dan lain-lain, boleh ambil alfafa untuk kawal resdung. Bahaya juga resdung ni, boleh buat mata buta kalau tak dirawat.

Tanda-tanda korang ada resdung:
- Nafas berbau
- Kerap selesema
- Hidung tersumbat
- Gatal-gatal di kawasan muka (hidung, pipi dan mata)
- Kerap bersin
- Tidur berdengkur
- Kerap sakit kepala
- Rambut gugur

Lain-lain khasiat alfafa ni adalah untuk gout, lancarkan haid, kawal gula dalam darah, kawal kolesterol, atasi masalah sembelit, masalah kesuburan dan sebagainya.

GOLONGAN YANG TIDAK BOLEH MAKAN ALFAFA

1. PENGHIDAP SLE

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protien darah dengan banyaknya. Protien darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindakbalas terhadap tisu seseorang.

Dalam alfafa ada sedikit protien yang memberi tindakbalas kepada pesakit SLE. Sebab itulah pesakit SLE tidak boleh makan alfafa. Shaklee pun ada tulis kat botol alfafa tu. Balik rumah tengok kat botol ok. Hehe...



2. PESAKIT PSORIASIS

Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimmune yang mengubah jangka hayat sel-sel kulit. Psoriasis menyebabkan pertumbuhan pantas sel-sel di permukaan kulit. Lebihan sel kulit ini akan membentuk satu kawasan kulit tebal berkilat yang kering, sangat gata dan adakalanya menyakitkan.

Psoriasis adalah sejenis penyakit kronik yang kekal lama. Penyebab penyakit ini masih belum diketahui tetapi umumnya ia berkait dengan sistem imun dan genetik individu.

3. IBU MENYUSU BAYI G6PD DEFICIENCY

G6PD ialah enzim glucose-6-phospate-dehydrogenase. G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuklah dari sumber makanan dan ubatan. Bayi kekurangan G6PD bermakna badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.

Alfafa tinggi dengan Vitamin K, sebab itulah ibu menyusu yang ada bayi G6PD tidak boleh makan alfafa (sepanjang tempoh penyusuan sahaja). Ibu menyusu boleh ambil ESP dan Vitamin Set Penyusuan yang lain untuk milk booster.



BEZA ALFAFA DAN SPIRULINA

Ramai yang mengatakan alfafa dengan spirulina adalah lebih kurang sama je fungsinya. Ramai juga yang keliru di antara alfafa dan spirulina. Jom kita tengok apakah beza di anatara keduanya.

Alfafa - pokok yang akarnya 20 kaki dalam tanah.
Spirulina - sejenis rumput air.

Jadi, kandungan vitamin dan mineral di dalam alfafa adalah lebih tinggi (yang diserap daripada kedalaman 20 kaki). Walau bagaimanapun, spirulina juga bagus untuk kesihatan cumanya alfafa lebih bagus.

ALFAFA DALAM SPA

Haaaa... yang ni paling menarik!! Yang mana belum tahu Kak Lia ni adalah beautitian SPA (home and mobile spa), maknanya hari ni korang dah tahu lah ye. Kak Lia gunakan alfafa ni dalam servis SPA Kak Lia. Teramat powerful untuk hilangkan whitehead dan blackhead. Yang mana ketiak atau celah-celah yang hitam tu boleh lah amalkan alfafa ni. Kalau korang nak dapatkan servis spa dan merasakan sendiri betapa power nya alfafa ni boleh Pm Kak Lia ok.


PM/Whatsapp/Tele:

Puan Noor Hazlira bt Abdul Rahman
Pemilik dan Pengusaha Spa Q And Mamacare
No tel: 019-6442032

Facebook: Noor Hazlira
Ig: noorhazliraofficial

Email: liabr_78@yahoo.com.my